Prosedur perkahwinan dengan warga asing

Assalamualaikum & hi people!

Bercakap tentang pengalaman mendapatkan kelulusan untuk perkahwinan di antara gadis Malaysia dan warga asing adalah sesuatu perjalanan yang mencabar kesabaran dan kesetiaan. Serius. Dari pertengahan tahun kertas permohonan di hantar ke pejabat Kedutaan negara bakal suami untuk pengesahan bujang dan kebenaran kahwin dan yang sedihnya kelulusan tersebut hanya keluar pada bulan mac tahun berikutnya. Hal ini disebabkan oleh peperangan yang berlaku pada masa itu.

IMG_20150430_221430

Jadi, di sini saya ingin kongsikan prosedur perkahwinan di antara Pahang girl dengan Arab boy :p

1) HIV Test – sila buat segera dan hanya di klinik kerajaaan ye. Bagi warga asing pun boleh tapi kena bayar RM60 berbanding kita-kita orang 1Malaysia hanya RM1.00.   #Tips: Klinik Kerajaan Bandar Tun Razak, KL – servis yang mesra, cekap dan cepat tapi sebab ramai orang, jadi servis HIV test ini memakan masa selama setengah hari.                                            

2) Kursus Kahwin – wajib untuk warga Malaysia tapi tidak wajib bagi warga asing. Sebab: Kursus ini dijalankan dalam medium bahasa Malaysia, jadi bakal suami saya tidak perlu pun pergi.  #Warning: Kemungkinan untuk diwajibkan kepada warga asing pada tahun seterusnya. So, beware babes! :p    

3) Dapatkan surat Kebenaran Kahwin daripada Kedutaan Negara si dia – Untuk dapatkan surat tersebut pihak perempuan perlu sediakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

1) Salinan IC sendiri,

2) Salinan IC Ibubapa,

3) Salinan Sijil Surat Beranak sendiri,

4) Salinan Sijil Nikah Ibubapa, 

5) Keputusan medical checkup ataupun ujian HIV (klinik kerajaan sahaja),

6) Salinan muka depan passport sendiri,

7) Gambar berukuran passport 4 keping (sendiri)

p/s: Lain kedutaan, lain demand. Untuk Yemen, alhamdulillah seperti di atas sahaja. Tapi yang mencabarnya adalah PENANTIAN. Dalam 6 bulan jugak tunggu keputusan. Dalam keputusan tu kita akan tau betul ke bakal suami kita tu bujang dan adakah kerajaan beliau izinkan perkahwinan antara benua ini??? jengjengjeng..

4) Pengesahan passport dari Jabatan Imigresen Malaysia – pergi ke mana-mana pejabat Imigresen (paling bagus pergi Putrajaya sebab HQ :). Dapatkan borang pengesahan passport untuk perkahwinan dan isi dan hantar. Surat akan keluar hari itu juga 😉

5) Dapatkan borang 1: Permohonan Kahwin bagi pihak perempuan – Selepas selamat merentasi kesemua nombor dari 1 – 4, maka bolehlah anda balik jumpa mak ayah perempuan. Bawaklah bapa si dara ke Pejabat Agama Daerah dan isi borang, interview sikit dan seterusnya ikut segala checklist untuk dikeluarkan surat kebenaran kahwin bagi si dara. Antara yang wajib untuk didapatkan adalah tandatangan wali hakim, penghulu kampung dan si ayah 😉

 #Kenangan: masa nak dapatkan tandatangan wali hakim, bakal suami saya dimarah, dimaki katanya “Inilah orang Arab, tak dengar cakap dia nak mengajar kita!!!”. Padahal perkara tersebut hanyalah salah faham kecil dan bakal suami saya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar. Ayah saya bertindak menenangkan keadaan. Selepas kami mendapat tandatangan beliau, dalam kereta ayah luahkan perkara betul “Sebenarnya ustaz tu kurang pendengaran, itu yang dia naik angin tiba-tiba. Malah semasa berceramah sebelum ini pun kalau salah tanya soalan pun ayah kena marah depan-depan orang kampung.” Kami pun terbahak-bahak ketawa bercampur lega. Bukan apa, takut nanti wali hakim tu mogok pernikahan kami. Naya kami. 😀

Alhamdulillah, tanggal awal Mei 2015 kami melangsungkan pernikahan dengan berwalikan ayah saya sendiri dengan 3 kali lafaz. Almaklumlah, suami saya kurang fasih bahasa. Sebutan akad nikah juga agak mengelirukan beliau “Aku terima nikahnya NNNNNN dengan mas kahwinnya 20 ringgit 50 sen”. Bab sebut duit mas kahwin yang sangkut! T_T

IMG_20150504_203504

P/s: Jika si dia adalah jodohmu, segalanya akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Interracial marriage is sooooooooo educational, different, awkward and beautiful. Alhamdulillah.

P/s: Bersambung.. nantikan post-wedding: Apa yang perlu anda buat sebagai pasangan interracial marriage??? 😉

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

4 thoughts on “Prosedur perkahwinan dengan warga asing”

  1. Salam Mrs Vibrant,

    Saya juga bakal berkahwin 2 bulan lagi, dengan warganegara India berketurunan Yemen. Sebelum berkahwin, suami Mrs Vibrant pemegang visa apa eh? Bakal suami saya pemegang Employment Pass dan imigresen ckp kami tak dibenarkan berkahwin kerana dia pemegang employment pass -.-

    Haih, bapak sendiri approve, immigration tak approve. Adoiii..

    Like

    1. Waalaikumsalam. Hai cik dustedrosepetal! Mesti excited nak kahwin kan lagi 2 bulan je! Tahniah in advance.

      FYI, my husband pemegang Professional Visa dari negara Yemen, dan untuk makluman hanya Professional Visa yang dibenarkan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Kalau Employment Visa memang tak lepas. So sorry dear..

      Better awak dapatkan dulu kebenaran berkahwin dari negara bakal suami dulu sebelum daftar kahwin dekat pejabat agama islam kita. Yang penting kebenaran negara dia dulu taw untuk sahkan taraf warganegara dan samada bujang ataupun tidak. TQ

      Like

  2. Dear miss,
    Selain blog ni,ada cara lain tak untuk saya berhubung dgn sis?saya nak tau lebih lanjut pasal intermarriage nie

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s