Tips Diet

Assalamualaikum. Hi people!

Semua orang nak kurus.

Semua orang nak cantik.

Semua orang nak bertenaga sepanjang hari. Kan???

Tapi apabila cakap je pasal diet, mesti dalam kepala otak fikir pasal “kena berlapar”, “dish your sweet tooth”, “no manis-manis okayyy”, “lepas pukul 8 malam jangan makan!!!”.

Sebab tu pelan diet selalu terbengkalai, hangat-hangat tahi ayam dan akhirnya berkubur sebegitu sahaja. Misinterpretation atau salah faham berkenaan diet ni adalah perkara biasa. Padahal nak turun berat ni benda mudah kalau kena dengan caranya. *yang tulis ni pun still struggle dengan diet plan sendiri jugak..hewhewhew

Jadi, apakata kali ini kita tukar persepsi kita kepada -> Diet = Healthy Lifestyle

#1: Air

Semua tahu betapa pentingnya air dalam hidup. Malah air adalah sangat-sangatlah penting dalam diet. Minumlah sebanyak mungkin air tapi pleaseeeeee air yang berkualiti sahaja. Elakkan minuman manis dan berwarna. Kerana air yang manis dan berwarna ini membebankan sistem perkumuhan kita, kesian kat ginjal kena bekerja keras untuk tapis macam-macam ibarat water filter yang bertahun-tahun tak dibersihkan dan berkarat. Woha!

Amalkan air mineral dan air kosong sebanyak yang boleh, walaupun amalan ini akan menyebabkan anda akan selalu berjumpa mr.tan :p (baca: tandas). It’s good you know. The more you drink, the more toxin flushed out and the less you eat. Try it. Jom bebeh!

Satu artikel dari Dailymail UK berkenaan kepentingan minum air dan kesannya terhadap penuaan sangat menakjubkan. Say mashaAllah pleasee 🙂 Artikel tersebut berkenaan eksperimen seorang wanita yang berumur 42, bekerjaya, sangat sibuk dengan kerja dan famili dan sangat-sangat kurang minum air dalam sehari. Beliau mengatakan “You might think I’d have little in common with a camel, but we do share one useful skill: both of us can go for a very long time without water.”

water

Read more: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2480491/How-drinking-litres-water-day-took-years-face.html#ixzz3k5gCANll
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook

Menyebabkan wajah beliau tua sebelum usia sehingga anak perempuan beliau mengatakan wajah beliau seperti wanita berumur 100 tahun. Sedihnyaaaa.. Beliau juga sering mengalami pening kepala dan lemah sistem penghadaman (poor digestion system) dan sehinggalah suatu hari doktor pakar neurologi menganjurkan beliau untuk mengamalkan minum air 3 liter sehari. Dan hasilnya, kulit beliau kembali segar, lembab dan tiada lagi pening kepala.

Air diperlukan untuk sistem badan seperti ginjal, perut dan otak berfungsi dengan cekap. Bayangkan diri kita seperti pokok, apabila seharian tidak bersiram bagaimana keadaan pokok tersebut? Begitulah keadaan badan kita..mengecut, penat dan kering. Kecualilah kalau kita ni seperti kaktus ataupun aloe vera yang boleh hidup walau berhari-hari tidak disiram 😀 (sebab kena dekat diri sendiri yang selalu lupa ada tanam pokok-pokok tersebut di rumah T_T)

dsc_0019

Saya pernah terbaca pengakuan seorang ibu yang baru melahirkan anak ketiga dan selepas pantang beliau kembali mendapatkan bentuk badan seperti anak dara. Malah better than anak dara okayyy (i iz jealous! ;p). Rahsia beliau yang bukanlah rahsia sangat adalah “minum air 3 – 4 liter sehari”. Beliau sangat komited, konsisten dan berdisiplin semasa berpantang dan hasil jerih perit beliau berbaloi sangat-sangat apabila tampil ramping dan ketat. Gituwww..

Yela..sebagai wanita kita mesti, wajib jaga kesihatan dan kecantikan tubuh dan wajah demi suami dan diri sendiri. Don’t let yourself go just because you have children and your husband don’t mind, please don’t put that kind of mindset girl!!! Suami kalau dia sayang, dia takkan cakap dia tak suka, dia akan diam, bersabar dan kalau yang nakal tu mulalah mata tu mencari yang lebih bergetah, ketat dan cantik. Itu lumrah dan natural bagi lelaki. So, please take care of yourself ok?

P/s: This is a reminder to meself too. Sesungguhnya kecantikan seseorang itu terletak pada usaha.

a6e0b67bdc2844f5be0959c1bad11aa8

#Jadi lepas ni jom kita amalkan minum air 2 liter dan lebih lagi.

#Download apps untuk monitor water intake! (tengah cari apps yang best :p)

#Disiplin, komited dan konsisten! U go girl~

Fighting! 🙂

She is my insprition and motivation to be a fit lady. Whose yours??? ;D

jillian-michaels-240

img-jillian-hp-main-rot1-1

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s