LINKCLUB PENIPU!!!

Assalamu’alaikum.

scam-alert-1024x788

Tiba-tiba saya mulakan post hari ini dengan sesuatu yang kurang enak di dengar. Sebab?

Saya baru sahaja mendapat panggilan daripada Pn. Wahyu dari LinkClub (katanya bertempat di Ampang Point, No.Tel: 014-728 6993) dan beliau memberitahu berkenaan pembatalan keahlian saya untuk tahun ini. Dan katanya jika saya tidak membuat pembatalan saya akan dikenakan cas sebanyak RM598 setahun!!?

linkclub1

Tetapi untuk membuat pembatalan saya dikehendaki untuk membayar RM299 dan proses pembatalan akan diterus-nyah-aktif. Ironinya, saya tidak pernah enjoying their facilities or whatever the heck they’ve offered!!! It was just my stupid mistakessss!! I was foolish at that time (it was on 2011 and i just started to work and earning my own moneyyhhhh! Sooo sad sangat-sangat bila kena tipu hidup-hidup masa tu…). Saya tertipu bila ditawarkan peluang melancong dengan diskaun yang berbagai-bagai merata Malaysia dan saya TER-bagi nombor debit kad saya untuk dibuat traksasi bayaran keahlian LinkClub.

scam

Saya mengatakan LinkClub ini penipu kerana:

  1. You can’t enjoy what you paid for
  2. The coupons & vouchers are all bullshits – bila nak redeem & booking which is through LinkClub memang takde yang available.
  3. Customer service yang sangat-sangat kurang ajarrrr
  4. Tidak reveal nombor pendaftaran syarikat apabila diminta..hurmm ini saya yang test diorang tadi.
  5. Ramai dah terkena! Baca testimoni mereka ;D di SINI, SINI dan SINI

Jadi, bersambung daripada perbualan di atas, saya katakan yang “saya takkan bayar satu sen pun sebab saya tak pernah enjoy apa-apa yang you all offer!!!”. Lepas tu minah tu pun masih lagi terangkan pasal pembatalan bla bla bla dengan nada tinggi okayyyy. Saya tegaskan yang saya takkan bayar dan saya mintak nombor pendaftaran syarikat, nama dia dan nombor dia. Itu yang dia bagitau nama dia dan nombor telefon tapi nombor syarikat tak bagi dan siap maki saya “yang awak nak nombor syarikat ni nak buat apa?? Syarikat kami ni dekat je di ampang point, dekat je dengan rumah awak. Datang lah periksa!”. WOwww berani dan kurang ajarin kawwww. Lepas dah gaduh-gaduh dan dia pun bengang agaknya tak dapat tipu saya SEKALI LAGI dan terus “baiklah saya taknak buang masa cakap dengan awak, bye!” “Saya pun!!!”.

Tengok..mana pergi budi bahasa, tapi saya syak minah tu dah desperate kot nak duit orang..haihhhh macam-macam penipuan sekarang ni. Nak-nak sekarang apabila dunia maklumat di hujung jari.

Selepas dari panggilan tu saya terus call customer service Maybank untuk pembatalan debit kad serta-merta. Saya taknak pisang berbuah 2 kali!

Pengajaran:

  1. Jangan sekali-kali dedahkan maklumat bank anda terutamanya 3 digit belakang kad debit/kredit anda!!! Don’t ever ever!!!
  2. Jangan cepat percaya dengan sebarang tawaran yang tidak masuk dek akal! Selidik dulu. Sekarang lagi senang sebab Google is very very very helpful! I love you Google! ;-P
  3. Sayangilah wang titik peluh anda. Jangan bazirkan ke jalan yang tidak berfaedah.

That’s it. Peace no war!

IMG_20150702_091826

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

16 thoughts on “LINKCLUB PENIPU!!!”

  1. saya pun baru dapat panggilan nie, mula2 line x clear pastu dia ckp dia akan call blk, jd sempat google no tel dia dan tahu tujuan dia serba sedikit, dia call balik jer mmg betul la nak minta duit, siap cakap dulu mmg free tapi ada perubahan T&C, saya ckp oooo perubahan, senang2 jer ek nak berubah, kenapa x ubah jadi seribu jer? pastu dia start meroyan, siap sound ahli dia byk polis dan tentera, diorg pun kena batalkan ikut undang2, jd dia cabar utk buat report, wajaq toiii.. bila kita tanya x rasa berdosa ker makan gaji hasil syarikat tipu org? bertambah meroyan ckp nak issue surat jer utk buat potongan terus dengan bank. dia bebel&*^%&*^ then dia terus letak telefon.

    Buat mcm hidup nie xder penghujungnya.. mcm boleh hidup selamanya. mmg dia makan gaji jer, tp halal ke gaji hasil menginaya org.. bukan kta nak elak hutang, tapi ini adalah satu penipuan! InshaAllah, x lama la balasanNYA nanti.. tggu jer..

    Like

    1. Tula bila fikir balik kesian jugak kat org yang call tu sebab makan gaji duit haram-hasil-tipu-orang. Tapi dia dah tahu syarikat tu macam tu still nak keje jugak. lepas tu kenakan bangsa sendiri. memang bangs** la kan. Harap lepas ni ada tindakan dari pihak berkuasa. InsyaAllah

      Like

    2. I am replying on behalf of the company. FYI, the company (Le Touareg Travel & Tours Sdn. Bhd) with SSM registration No. 628298-M and with paid-up capital of 1 million is in the market for 9 years already and we are doing good and proper business, however the telesales have messed up for their own benefits to get good commission. They call customers and give them wrong infos, make misrepresentations and even threaten them (like what are mentioned in the comments). The company strictly DOES NOT TOLERATE such acts that tarnish and spoil the image of the company and business. We have lodged reports against them. (Available to view if anyone wish to). FYI, the management has terminated the telesales who lied to customers as there are even some of the telesales who asked the customers to make payment thru bank-in to their own personal account. And just a caution, those telesales who lied and give wrong information to the customers are working now in other company and they might use our data to call you all again and offer other products. Be cautious.
      Our company is open and to any of you who want to see our business and how we operate. Can drop by to our office anytime from 10am – 5pm, Mon – Fri. For any complaints, pls call us directly at 03-42704338 / 03-42704816.
      We sincerely apologize on behalf of telesales for any inconveniences or discomforts they caused you.

      Like

  2. i just received same callER asking me to paid rm399 termination and sms to me what shall i do or
    i think i going to a police to report this matter,

    Like

    1. Yeah, you can file police report on this scammer company, given that you have all the transaction proves and contact details. Also, don’t forget to replace your debit/ credit card that they used to charge you on their stupid services. 🙂

      Like

  3. hai..
    saya baru sahaja terima panggilan yang sama…Dengan nada yang sombong menyuruh saya buat bayaran rm 399 utk terminate
    jika saya tak buat dia akan tolak sebanyak RM 599 dari mana2 akaun saya.
    Sebelom ni dia ade call dari company yang sama tapi saya tak layan
    Saya memang ade buat registation utk link club ni..dan di nyatakan bahawa bayaran utk seumur idup rm 499
    ape yang patut saya buat

    Like

    1. Hai dear,
      Diorang mesti guna debit/kredit kad awak kan? Langkah paling selamat adalah pergi cancelkan debit/kredit kad awak. Call bank awak a.s.a.p

      Like

  4. Saya baru terima call dari lawyer katanye. Suruh saya bayar duit kerana ada tunggakan dari 2011 – 2015. Kalau tak,akan dikompaun. Nama lawyer firm saya tak berapa dengar, sebab line tak clear. Nie tentu berkait dengan linkclub. Saya pernah bayar RM 499 utk ‘menikmati’ pelbagai kemudahan dan baucer.
    Boleh pergi KPJ, n dapat diskaun. Pernah tunjukkan card linkclub kat KPJ, cashier kat hospital KPJ senyum jer tengok. Boleh dapat offer ker? Dier jawab, tak dapat guna kad nie. Tebalnyer muka.
    Beberapa tahun sudah, pernah dapat call dari sorang pompuan. Suruh bayar 399, utk tutup akaun. Saya pernah bagi no kad dan no cvv pada diaorang. Tapi, kad tu dah terminate. Mungkin sebab tak dapat nak potong dari kad kredit. Dia call mintak pembayaran. Saya kata kat dier, macamana saya nak bayar utk perkhidmatan yang saya tak dapat. Dier bengang sampai kata, syarikat dier dapat ambik amaun tersebut dari mana- mana akaun bank saya. Saya terfikir, senangnya nak dapatkan arahan utk potong duit dari akaun orang lain.
    Hari nie, dapat call dari pihak lawyer pulak..

    Like

    1. Laa yeke..diorang main lawyer pulak. Yang penting awak punya kad kredit yang pernah diorang simpan tu dah diterminate. Selamat. Tak payah pening fikir pasal penipuan diorang tu kannn..Alhamdulillah

      Like

  5. Saya pun baru dapat panggilan dr 011-2131 9831. Stress betul. Thn lepas dia ganggu. Bila saya tak peduli dia kol no rumah. Ni dia buat hal lagi. Suruh bayar RM399. Saya mintak dia hantar bil. Dia marah konn kalau hantar bil kena caj lebih sampai 1k. Tapi dia tak pandai bagi alasan. Saya suruh dia hantar gak penyata bil, dia marah2. Namanya Aziz Bakar. Sebelum tu dia bagitau dia bahagian aduan kutip hutang apa ntah kat putrajaya. So kawan2 senasib, sila hati2. Dia ada mintak no kad kredit n debit, tp saya tak bagi. Dulu boleh la kau tipu aku

    Like

    1. Huiyooo..dah main bagi nama bahagian kutip hutang putrajaya kepala bana dia. Ish3 desperate betol diorang tu kann.. Kawan2..jangan tertipu!

      Like

      1. I am replying on behalf of the company. FYI, the company (Le Touareg Travel & Tours Sdn. Bhd) with SSM registration No. 628298-M and with paid-up capital of 1 million is in the market for 9 years already and we are doing good and proper business, however the telesales have messed up for their own benefits to get good commission. They call customers and give them wrong infos, make misrepresentations and even threaten them (like what are mentioned in the comments). The company strictly DOES NOT TOLERATE such acts that tarnish and spoil the image of the company and business. We have lodged reports against them. (Available to view if anyone wish to). FYI, the management has terminated the telesales who lied to customers as there are even some of the telesales who asked the customers to make payment thru bank-in to their own personal account. And just a caution, those telesales who lied and give wrong information to the customers are working now in other company and they might use our data to call you all again and offer other products. Be cautious.
        Our company is open and to any of you who want to see our business and how we operate. Can drop by to our office anytime from 10am – 5pm, Mon – Fri. For any complaints, pls call us directly at 03-42704338 / 03-42704816.

        Like

    1. Thank you for your comments.
      I hope this kind of scam or misrepresentations of business that you offered will not happen anymore.
      Trust is priceless and internet is a powerful tool to spread info. Thank you.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s