Post-marriage: When Yemeni met Malay girl (legal thingy)

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah perkahwinan kami Yemeni-Malay sudah melangkau hampir 10 bulan. Syukur sangat! Lega sangat-sangat sebab dah halalan toyyiban dan lebih tenang. Dugaan lepas kahwin jangan cakaplah, terlalu banyak terutama semasa tempoh ‘adjusting’ sebab kami berlainan budaya dan ‘expectation’. Dari situ saya banyak belajar tentang banyak perkara. Okay, perkara tu akan diceritakan dalam post akan datang k. Promish! 😉

8b0899266c52d1f6bab4e7ed1a207cab

Okay, apa yang perlu pengantin baru buat lepas dah nikah, dari segi undang-undang Malaysia ye??? (bukan tang malam pertama..duhhh ;D)

1)Sijil nikah – dapatkan daripada Pejabat Agama Daerah pihak perempuan dan buat salinan sekurang-kurangnya 2.

2) Sertakan juga salinan segala IC pengantin lelaki dan perempuan, IC ibubapa dan juga IC saksi nikah.

3) Salinan pasport pihak lelaki/perempuan – setiap muka surat ye!

4) Jabatan Imigresen Malaysia – pergi sana untuk dapatkan Visa suami/isteri warga asing dan daftarkan dibawah nama pasangan warga Malaysia. Kenapa?? Kelebihannya adalah warga asing tersebut akan dapat Visa sehingga 5 tahun berbanding yang biasa hanya setahun sahaja (baca: tidak berkahwin dengan rakyat kita). Walaubagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada penilaian Jabatan Imigresen, suami saya mendapat tempoh percubaan selama 6 bulan dahulu sebelum diluluskan Visa bawah nama saya. Still, i am grateful. Alhamdulillah.

5) Selepas daripada proses ini – cubalah dapatkan status Penduduk Tetap atau ‘Permenant Resident’ dengan ber-IC-warna merah. Proses ni agak lama dan suami saya dah tunggu selama lebih 3 bulan masih belum dapat jawapan. Sabaq je laaa.. InsyaAllah ada rezeki, dapatlah.

Jadi kepada bakal pengantin Malaysia-warga asing, saya ucapkan selamat menempuh alam rumahtangga. Jangan lupa bawa bersama ‘PATIENCE‘ dan ‘PERSEVERANCE‘ kerana walaubagaimanapun tinggi dilanda ombak, hati tetap sayang dan sabar dengan pertembungan budaya dan karenah masing-masing.

Salam sayang lagi ikhlas,

Mrs Vibrant

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

2 thoughts on “Post-marriage: When Yemeni met Malay girl (legal thingy)”

  1. Hi sis, just nak double confirm dgn u. Selepas selesai nikah, perlu x kita mendaftar di JPN? I confuse skit sbb ada baca prosedur katanya selepas nikah, pasangan perlu mendaftar di JPN. Penerangan x jelas sebab ada part yang terangkan menikah di dalam Malaysia then tetiba ada lak terangkan kene daftar kat JPN selepas nikah.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s