MyBrain15

Assalamu’alaikum. Ahlan wasahlan habibi!

Cakap arabic kau! 😀

MyBrain-15

Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah saya telah pun mendapat tawaran daripada Universiti Malaya untuk sambung belajar dalam jurusan MBA (Master in Business Administration). InsyaAllah bulan Feb 2016 saya akan daftar jurusan. I’m so excited!

Cuma saya dalam dilema lagi ni sebabkan kekangan kewangan T_T

Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi telahpun mengumumkan tarikh tutup dana tersebut berakhir pada 30 November 2015. *justeru saya berpendapat yang nama dana MyBrain15 tu bersempena 2015 la kott 😀

Dan saya juga telahpun menghantar permohonan dana MyBrain15 tu pada tarikh tersebut. Sampai sekarang belum dapat sebarang jawapan. Malahan mereka yang menghantar permohonan pada September 2015 pun belum dapat jawapan. Haihh la..

 

MyBrain-15 news
Update terbaru. Agak-agak bila lah ye akan dapat tahu jawapan lulus ke tak???

Sumber: https://www.facebook.com/MyBrain15-KPM-451125938340699/

Nampaknya kenalah saya dahulukan duit simpanan saya ataupun buat pinjaman-peribadi-tanpa-riba’ dengan Mr Husband. Yang penting dapat sambung belajar dan sekaligus dapat tunaikan salah satu 2016 wishlist saya, insyaAllah!

Sebab kenapa perlu sambung belajar?

  1. Passion – yes, I am passionate to learn something new and I think this is good for my future.
  2. Resume cun – hahaha. yang ni sebab personal juga.  FYI, saya adalah graduan Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dan sekarang berkhidmat selama 4 tahun lebih dalam bidang ‘administrative’ dengan jawatan eksekutif pertanian dan bio-ekonomi. Saya langsung lari daripada bidang yang saya belajar. Tetapi saya jatuh cinta dengan bidang kerja saya sekarang yang lebih ke arah ‘business’ dan ‘marketing’ yang membuatkan saya rasa saya perlu mendalami bidang ni. Bidang pertanian pun best jugak sebab bidang inilah yang menghasilkan makanan. Dan kita perlukan makanan untuk hidup! *bukannya mekap ataupun handbag. Eh!;P
  3. Time – Do it while you have time and young. Sebelum saya beranak-pinak, saya nak belajar banyak-banyak dan capai cita-cita untuk jadi seorang usahawanita berjaya sebelum saya 40! Woha!!! *what will you do if you have no fear? Deep right? 😉
  4. Kemampuan – saya tahu yang pembiayaan untuk sesuatu pengajian adalah tinggi malah untuk MBA di UM yuran keseluruhan mencecah RM24,000. Belum lagi masuk kos buku dan sebagainya. Semua tu perlukan pengorbanan dari segi masa dan wang. Sebab tu biasiswa atau dana seperti MyBrain15 tu sangat membantu sekurang-kurangnya separuh yuran dah dapat ditanggung. Selebihnya duit poket sendiri.. T_T

Saya pernah ditanya dalam sesi interview untuk kerja yang kononnya nak lompat syarikat lain, soalan berbunyi begini “How do you see yourself in 10 years?”. Masa tu saya kurang persediaan dan saya akui yang saya tak ada betul-betul ‘Life Plan’. Saya macam lalang yang ikut angin.

Dengan gugup dan kurang yakin saya jawab “I wanna be a consultant or businesswoman”. Jawapan tu memang betul cuma bagaimana untuk saya realisasikan impian tu? I dunno either. Lepas tu dapat soalan lagi hebat. Tak perlulah saya nak bagitahu kan. Saya dah malu sangat-sangat masa tu ‘bagaikan baru terhantuk dari tidur di siang hari’. Padahal ada pengalaman kerja 4 tahun tapi matlamat hidup, ‘passion’ dan cita-cita sendiri pun tak tahu. Atau saya yang tak kenal dengan diri sendiri???

Kesimpulanya, pengajarannya adalah: ‘If you fail to plan, you plan to fail‘.

Bersambung..

alhamdulillah

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s