7 perkara stereotaip tentang orang Arab yang selalu kita dengar

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Kalau sebut pasal Pak Arab mesti orang-orang kita akan cakap:

1)Pak Arab ni ganas, garang dan pemarah orangnya. Ada yang bagi sebab diorang ni asalnya dari negara padang pasir, jadi darah panas.

Hulk_Roar

2) Pak Arab ni kurang ajar, bossy dan takde sivik sebab nak orang layan dia macam raja tapi kedekut pula tu.

bossy

3) Pak Arab asalnya daripada negara padang pasir, satu hujan dan tumbuhan hijau pun takde.

Thar_Khuri

4) Pak Arab hanya pakai jubah putih dan selendang kepala ataupun kopiah, mana ada pakai baju tshirt, suits atau pakaian lain. (Ya Allah, kunonya mereka..:D)

tumblr_mmc24teLeb1rwqg82o3_500

5) Pak Arab kuat seks sampai sehari berkali-kali hendaknya.. hahahaha ini yang saya pernah dengar dari ustaz saya dulu-dulu. Tak tipu. Dan disebabkan itu juga mereka ramai anak dan kahwin lebih satu :p

timthumb2

6) Pak Arab kuat makan sehingga seekor kambing seorang boleh telan, malah ada yang makan nasi sedulang dengan ayam berekor-ekor seorang.

2427f516de9bd2e3cad554590aa3c7a3

7) Pak Arab suka menekan wanita-wanitanya dengan menyuruh pakai niqab, serba hitam dan dilarang bekerja.

king-khalid

Sebelum saya mengenali mereka (baca: warganegara Arab), saya juga beranggapan sebagaimana di atas. Padahal, itu semua adalah cakap-cakap, pandangan dan perspektif orang yang tidak mengenali betul-betul hati budi orang Arab dan budaya mereka. Semestinya mereka beranggapan negatif!

Saya boleh katakan yang ketujuh-tujuh kenyataan di atas adalah TIDAK BENAR belaka!!! 😉

Orang Arab, sama seperti kita dan yang mungkin membezakan adalah individu itu sendiri kerana perangai lain-lain dan hati juga lain-lain. Malah boleh saya katakan yang mereka ini lebih bertamadun daripada kita dari segi budaya, amalan Islamik dan sebagainya.

Contoh terdekat yang saya boleh lihat adalah suami dan keluarga suami sendiri. Dan saya tidak akan bias kerana apabila saya telah bercampur-gaul dengan orang-orang Arab terutamanya di kalangan wanita Arab, saya dapat mengenali budaya dan hati budi mereka.

Jika anda nak tahu, negara-negara lain di barat juga mempunyai pandangan stereotaip terhadap orang Arab dan anda boleh baca di SINI.

Jadi, saya jawab kenyataan-kenyataan di atas seperti di bawah tanpa mengikut urutan okay?;)

1) Wanita Arab tidak ditindas oleh para lelaki mereka. Jika ada kes-kes yang berlaku, itu adalah kes-kes terpencil yang dibesar-besarkan oleh media barat seperti kes Malala yang dipaksa kahwin walaupun beliau masih dibangku sekolah dan bawah 12 tahun, maaf jika saya salah fakta (nota: Malala berasal daripada Pakistan, beliau hanyalah contoh di sini 😉

01_LAURAB

2) Pemakaian niqab dan serba hitam itu adalah pilihan mereka sendiri dan juga budaya yang diterapkan sejak kecil (umur 7 tahun). Pada pandangan saya adalah sangat bagus jika seseorang wanita di Malaysia dapat menutup tubuh mereka seperti wanita Arab kerana menutup aurat itu wajib lagi indah. Untuk kebaikan seseorang wanita itu juga. Walaubagaimanapun, semua itu menuntut kesabaran, willingness, kesediaan diri dan ketetapan hati. Bagi saya niqab dan hitam itu indah. Cuma kita yang belum mampu sebegitu dan insyaAllah suatu hari nanti.:)

Baca tentang wanita Kanada yang nekad pakai niqab! MasyaAllah! SINI

8125-niqab

3) Orang Arab tak mampu makan seekor kambing seorang! Ini mitos!hahahaha. Hanya mereka yang benar-benar kelaparan dan berbadan/ berperut besar je yang boleh makan sebanyak itu!

4) Lelaki Arab kuat seks? Ini mitos! Kekuatan seksual itu terletak kepada kekuatan fizikal dan mental seseorang lelaki itu. Jaga makan, jaga stamina, jaga kesihatan, insyaAllah sihatlah kesihatan seksual anda.

untitled

5) Orang Arab juga tidak ganas, garang ataupun pemarah. Mereka juga seperti kita. Cumanya mereka tidaklah selemah-lembut seperti kita yang sejak kecil di ajar dan mewarisi budaya Asia. Pada pandangan saya, mereka seperti kita yang ada perasaan dan jika situasi memprovokasi mereka, mereka akan naik marah! Just like us!

6) Kedekut? Layan macam raja? Mitos juga! Kalau adapun itu hanyalah segelintir sahaja, bukan semua orang Arab sebegitu. In fact, orang Melayu juga ada yang kedekut dan ingat diri dia boss atau raja dunia ni. 😀

7) Negara Arab juga ada tumbuhan hijau, malah sesetengah tempat ada yang sejuk seperti di Cameron dan Genting Highland. Mereka juga moden dan ke arah kebaratan dari segi pakaian, mekap dan sebagainya. Siapa cakap orang Arab ni tinggal dekat padang pasir sebenarnya yang cakap itu yang tinggal di bawah tempurung! 😛

katak-tempurung

Justeru, marilah kita hilangkan prejudis terhadap bangsa-bangsa seagama kita. Media barat banyak mencorakkan cara pemikiran dan pandangan kita terhadap bangsa Arab, walhal bangsa inilah yang dahulukala membawa Islam ke Tanah Melayu. Bangsa inilah yang melahirkan Nabi Muhammad S.A.W. dan dicemburui oleh bangsa Israel kerana nabi-nabi sebelumnya adalah berasal daripada bangsa mereka. Wallahu’alam.

f747414beaddb28d3185058b627c94fa

Yang saya boleh katakan sepanjang bersama suami, iaitu seorang Pak Arab adalah:

1)Egois tapi penyayang dan bertanggungjawab. Mereka sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan bapa akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi provider, protector dan leader in their family. Ada yang sanggup bekerja siang malam, 2-3 kerja dalam satu masa semata-mata mahukan yang terbaik untuk keluarga dan pendidikan anak-anak. Saya rasa ego dalam diri seorang lelaki itu perlu ada agar diri tidak lupa tanggungjawab.

Muslim Husband Wife Quotes Sayings

2) Protective dan possesive sangat-sangat terhadap wanita mereka (baca: isteri dan anak-anak). Mereka akan asingkan wanita dan lelaki dalam satu-satu majlis. Alhamdulillah saya dapat merasai pengalaman berada dalam jamuan mereka dan merasa amatlah bertuah wanita-wanita Arab ini kerana tidak perlu melayan lelaki-lelaki ajnabi. Wanita-wanita hanya perlu sediakan makanan dan lelaki/suami mereka akan hidangkan dan melayan. Malah kanak-kanak juga dilayan oleh suami/lelaki mereka. Para wanita dibalik tabir yang lain bersama tetamu wanita makan bersama tanpa anak-anak kecuali babies. MasyaAllah. Mereka sangat menjaga pergaulan lelaki dan wanita yang saya rasa patut diamalkan kita juga terutamanya di sekolah!

Warning: Kalau tak suka kena kongkong oleh lelaki, jangan kahwin dengan lelaki Arab! Serius! 😉

segregation-signs-on-door-004

 

3) Kesempurnaan? Tidak ada yang sempurna melainkan Allah. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berusaha untuk menjadi seorang yang bertaqwa, isteri yang baik lagi solehah dan ibu yang berjaya lagi mithali. InsyaAllah.

8b0899266c52d1f6bab4e7ed1a207cab

P/s: Semuanya terletak kepada individu itu sendiri. Tak ada bangsa yang superior ataupun inferior dalam dunia ni. Allah jadikan kita ini sama. Hanya taqwa, usaha dan ilmu yang membezakan kita dan sebab itu kita perlu saling melengkapi dan bekerjasama sesama umat. Hilangkan prejudis, kukuhkan silaturrahim. InsyaAllah.

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s