Saya ada PCOS

Assalamualaikum warahmatullah. Ahlan wasahlan habibti!

hardship-and-ease

Mulanya saya rasa sangat insecure dan skeptikal untuk bercerita hal peribadi di sini. Tetapi saya juga suka untuk berkongsi pengalaman dan nasihat tentang hidup yang mungkin bermanfaat kepada orang lain.

Yes, saya ada PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Apa itu PCOS? Baca di SINI dan juga SINI. Doktor cakap saya punya kes hanyalah mild PCOS dan tidak perlukan rawatan ubat cuma perlu telan Asid Folik setiap hari. Sebenarnya saya dah agak saya ada PCOS sebab saya:

 

cid_024701c874b5f1a405200502a8c0gsl
Hahahahaha. Vongok!

1)Bulu yang tumbuh bagaikan sayur selepas hujan. Ewahhh 😛 Saya perlu cukur bulu ketiak, kaki dan tang anu tu setiap 3 hari hokayyy. Cuma sekarang saya dah guna waxing untuk bulu kaki dan tangan serta bulu roma tang muka terutamanya misai halus tu. Husband saya pantang kot tengok isteri dia berbulu, tumbuh sikit je kena tegur. Stress mak tau nyahhh.. ;D Adik-beradik saya semua sama jugak. Kitorang ingat sebab genetik ayah kuat kat kami. Rupa-rupanya masalah ketidakstabilan hormon wanita.

IMG_20160420_142350[1]

2) Karbohidrat yang tidak boleh ditinggalkan. Ya, saya pencinta karbo! Saya suka nasi, roti, pasta dan keledek (sweet potato). Alhamdulillah saya kurang makanan manis tetapi sebenarnya daripada karbo itulah yang akan bertukar kepada glukosa (baca: gula). Majoriti Youtuber cadangkan PCOS ladies untuk elakkan karbo untuk stabilkan gula dalam darah. So, I am trying. Like really hard.

Weight-Loss-is-Hard

3) Susah turun berat badan. Lagi satu simptom yang saya paling benci. ;D Rasanya semua perempuan nak body macam model Victoria’s Secret kott. Berat saya tetap dan kalau kurang pun dalam 500 g ke 1 kg je kalau saya skip makan malam. Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya tidak obese dan tidak terlalu kurus. Orang cakap ‘Curvacious’ gitu. #poyo

Facebook-What-it-is-like-trying-to-842537

4) Ada banyak telur tak matang dalam ovari. Yang ni saya check ultrasound melalui vagina. ;D Pertama kali cuba sebab terlalu ingin tahu sebab kenapa saya tak period bulan April 2016! Sekali kena ketuk dengan doktor tu saya di scan untuk Pap Smear, Vaginal Ultrasound, blood test for pregnancy dan random blood sugar dengan bayaran mencecah lebih kurang RM800-900. Huwaaaarghhh..nasib masa tu baru keluar duit. Mengeletaq jugak masa nak bayaq tu. Saya fikir masa tu, itu rezeki doktor/ hospital tu, saya redha dan ini salah satu ikhtiar saya untuk mengandung. Mungkin Allah akan gantikan duit saya itu dengan kesihatan dan rezeki lain. InsyaAllah.

 

Ryan-Gosling-Hey-Girl-Eggs
OMGGG Ryan Gosling!!! Me leff ya ;P

 

5) Had unprotected sex but didn’t fertilize – self-explained kot yang ni. Dah setahun masih belum melekat. ;P

Selepas daripada pemeriksaan yang macam-macam tu, saya tunggu seminggu lepas tu untuk tahu results. Alhamdulillah saya sihat dan boleh mengandung, cuma belum rezeki lagi. Dalam kesedihan itu ada sinar kebahagiaan. InsyaAllah.

24f86e4f4d35cc4e6b4cf50d4909d7b3

Doktor nasihatkan saya untuk:

default

Exercise regularly – sebelum jumpa doktor, saya hanya exercise seminggu sekali dan kadang-kadang takdepun dalam seminggu tu. Sekarang saya tetapkan dalam 2-3 kali seminggu selama 15 – 20 min. Lama-lama pun tak larat kot. hahaha alasan. Sikit-sikit lama-lama alah bisa tegal biasa!

3878235b5e3422f7600d50d96adac073

Jaga makan – reduce carbs, sugar and fat. Yang ni memang saya akan amalkan sebagai cara hidup. Sebab suami saya pun health-freak macam saya ;D Alhamdulillah. Itupun bukan saya yang paksa. Tu semua atas inisiatif dia sendiri.

62824517

Release stress – takmau stress2 sangat. Memanglah kita akan excited nak buat baby (opss ;P) tapi just relax and enjoy the journey..gittuwww

IMG_20160411_132950[1]

 

1)Apa yang kami amalkan adalah:Ganti nasi putih dengan Beras Perang

7776857-Vegetable-farm--Stock-Photo-farm

2) Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar – our favourite are salad, tomato, bell pepper, zuchinni dan lemon! Buah fav pula seperti pisang, betik, epal hijau, anggur dan tembikai. ;P

IMG_20160323_103512[1]

3) Protein daripada dada ayam, ikan, seafood dan kurangkan daging merah kecuali daging kambing.

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara untuk hambaNya yang mampu dan layak. Setiap orang lain dugaannya.

  • Ada yang senang je dapat baby, balik honeymoon je terus lekat, bunting pelamin.
  • Ada yang tunggu 2 tahun baru dapat baby.
  • Ada yang baby sulung perempuan, dapat baby kedua pun perempuan. Itu juga dugaan.
  • Ada yang melahirkan baby kembar tapi dari segi kewangan pula belum stabil. Jadi terpaksa ikat perut buat 2-3 kerja nak sara keluarga.

Jadi, sentiasa positif, jauhi diri daripada membuat dosa dan dekatkan diri dengan Allah. Itu yang saya selalu ingatkan diri sendiri yang selalu lalai. Mungkin ini cara Allah nak uji saya dan suami untuk mencuci dosa-dosa kami sebelum dan selepas kahwin. Allahuakbar.

P/s: Doakan kami ya semua dan saya juga mendoakan kalian yang membaca agar diberi kesihatan, diampunkan segala dosa dan diberkati hidup oleh Allah S.W.T..Amin.

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

1 thought on “Saya ada PCOS”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s