Ramadhan bakal menjelma..

BE PREPARED

Assalamualaikum warahmatullah.

InsyaAllah Ramadhan akan melawati kita semua pada Isnin depan. Jadi, dalam lebih kurang 6 hari lagi kita semua akan berpuasa.

Bukan saja untuk menahan lapar dan dahaga. Menahan diri daripada melakukan dosa, melipat gandakan pahala dan amalan. InsyaAllah.

Apa matlamat korang bulan puasa ni? #RamadhanGoal

Saya ingin:

1)Quit sins – bertaubat dan tidak akan mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

2) Sedekah – nak selalu dan rajin bersedekah bukan saja kepada fakir dan miskin, anak-anak yatim dan keluarga ibubapa juga jangan dilupa.

3) Kurangkan bercakap, bersembang dan bersosial-media – bukan apa, taknak tambah dosa yang sudah ada.. 😉

4) Baca Al-Quran – kalau boleh nak khatam satu kitab. Dan matlamat saya untuk baca setiap lepas solat subuh dan maghrib.

5) Masak sendiri – semestinya! InsyaAllah nak masak hari-hari untuk suami dan diri sendiri. ;P Kelebihan masak sendiri ni banyak terutama bab kesihatan sebab kita yang tentukan apa yang kita nak masukkan. Kita yang tentukan banyak mana garam, gula dan rempah-rempah yang kita nak dan semestinya takde ajinomoto. Walaupun orang kata ajinomoto ni penyedap makanan tapi kami rasa sama je taruk ke tak taruk, lagi sihat adala.. 😉

Apa yang Mufti Menk katakan adalah:

Buka puasa dengan segelas air dahulu, kemuadian makan makanan yang bernutrisi dulu seperti kurma, yogurt dan buah-buahan segar. Elakkan makanan bergoreng dan berat. Analoginya seperti selorong jalan yang hanya boleh dilalui satu-satu kenderaan, kita bagi motor jalan dulu, kemudian kereta dan last sekali bas atau lori besar, baru jalan tu lancar. Faham?

-Sahur itu adalah sunnah. Sebaiknya makan yang ringan-ringan je. Seperti segelas air dan beberapa biji kurma. Cukup sebenarnya. Terpulang..tepuk dada tanya selera.

6) Jaga solat dan tambahkan amalan – insyaAllah.

alhamdulillah

 

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s