Nota untuk diri yang muda dulu

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya nak tulis tajuk dalam Bahasa Inggeris macam ni “A note to my younger self”. Tapi saya rasa baik saya tulis dalam bahasa. ;D

Nota ini ditulis untuk mengingatkan diri saya di zaman muda dalam lingkungan 16 – 25 tahun. Teruskan membaca y’all!

15382ruled_notepaper

WARNING: Tulisan ini sangat panjang, mungkin korang boleh baca dulu mana yang mampu dulu jangan sampai pitam, esok lusa sambung baca selebihnya ya. :p

Its-Okay

1) Jangan resah gelisah bila takde kawan lelaki istimewa ataupun bila kau tak tahu masa depan kau nak jadi apa!

Yang ni memang masalah remaja kot. Pulak tu bila kawan-kawan sekeliling semua dah berpakwe, couple bagai dan disukai ramai lelaki. Masa sekolah menengah saya memang tak hairan pun pasal nak ada boyfriend bagai ni sebab saya ada banyak kawan gegurl dalam 9 orang ahli semuanya. Gituh!

Masuk je zaman matrikulasi, masa ni paling mencabar walaupun setahun singkat je. Zaman tu kan dah macam sebelah kaki hujung jari kelingking dah dalam universiti kannn.. Jadi iols pun fefeling bebas lah. Takde lah bebas sangat pun. Saya masih struggle dalam pelajaran dan saya juga rasa tak secure my future kalau dapat result teruk (iaitu kurang daripada 2.80 CGPA). Masa tu saya dah pandai guna handphone dan zaman tu tahun 2005, Nokia 3310 (3-3-sekupang) paling famous amos. 😀 Saya ada lah dapat random text daripada budak lelaki mana entah dan tup tup kitorang couple (konon2) padahal jumpa pun tak pernah. Bodoh kan? Dan hubungan tu hanya sampai zaman tu je. Sebab tak serius pun, lagipun lepas je mamat tu hantar gambar dia, dan dan cek rasa tak berkenan di hati. LOL

Lepas tu, alhamdulillah saya diterima masuk universiti dalam bidang engineering. Bidang pilihan ke-8. Serius masa tu saya tak tahu apa yang saya nak jadi bila dah dewasa atau nak kerja apa. Serius blank! Terima je.. macam lalang..

Zaman ni jugak adalah zaman kebebasan abadi! Takde siapa yang kawal kau nak pi mana-mana dengan siapa-siapa. Tapi kalau kau dikelilingi oleh kawan2 yang ambil berat dan sayangkan kau, insyaAllah kau akan selamat. Tapi masa ni saya agak lalai dan lost atau lupa diri jugak la.. Mungkin faktor salah pilih bidang atau peer-pressure atau salah perhitungan. Gituh! Dan alhamdulillah lepas dah tersedar daripada kesalahan, dengan sokongan kawan-kawan, saya dapat bangkit semula dan dapat results CGPA yang membanggakan bagi saya. Wehhh study engineering bukan senang tau… T_T

Dan saya sekarang kerja luar bidang, bukannya jurutera. How irony? ;D

The thing is..I still dunno what I wanna be when I grow up?! hahahahaha

Screen-Shot-2013-04-23-at-1.52.55-PM

2) Be present

Jangan fikirkan sangat kisah lampau kau yang dulu kala kerana itu adalah salah satu proses mematangkan diri kau. Hadapi hari ini dengan sepenuhnya dan nikmati detik-detik sekarang dengan penuh kesyukuran. Memanglah dulu kita akan rasa kurang yakin, feeling down and insecure about our past issues, tapi alhamdulillah diri kau di masa kini mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain yang tak lalui peristiwa mendung berarak tu. Alhamdulillah.

happiness-is-not-out-there-its-in-you-quote-1

3) Jangan gelabah gundah gulana sangatlah bila fikir “Bila aku nak kahwin niiii”

Yang ni pun nasihat paling penting untuk my younger self. Dulu punyalah risau fikir pasal calon-calon suami tu semua, yelaaa sebab tak tahu siapa jodoh kita. Mulalah gelabah keluar dengan orang ni, contact balik orang tu, kawan orang ni, kecewakan orang tu. Macam-macam saya pernah buat dulu.

Padahal kalau boleh saya pergi ke zaman bujang dulu, saya akan nasihatkan diri sendiri untuk “FOCUS ON YOURSELF” sebab “LOVE YOURSELF FIRST. YOUR HAPPINESS IS IN YOUR HANDS”.

Kalaulah dulu saya cerdik sikit, mesti saya dah travel merata-rata backpacking dengan my girls around Asia. Belajar ilmu kemahiran sebanyak mungkin atau sambung master atau tukar-tukar kerja. If only I knew it.. But still, I am grateful with whatever God’s plan for my life. Percaya qada’ dan qadar. Dan disebalik kegelabahan itu saya sempat jugak pergi ambil lesen scuba dekat Pulau Perhentian – BEST DECISION EVER! Tinggal nak buat lesen Advanced Scuba dan panjat Gunung Kinabalu je tak sempat. Haihhh sabo je la.. Nasiblah dapat shuben tak minat aktiviti lasak. LOL

994456544-hqlines-muslim-islam-quotes-life-Favim_com-666192

4) Start to create your second income that you most desired since childhood

Saya dibesarkan dalam keluarga peniaga. Ibu saya adalah idola saya. Seorang yang sangat bijak dalam segala segi terutama Emotional Quotient. Beliau buka kedai runcit dari saya sekolah darjah 1, dari sekecil 1 bilik medium kepada sebesar 1 rumah banglo. Alhamdulillah. Sejak daripada tu, saya dan kawan baik #BFF pergi sekolah dah pandai berniaga kawww.. Kebetulan my bff pun dari keluarga peniaga.

Saya pandai melukis dan kawan saya pandai promote. Saya lukis patung kertas siap dengan baju-baju untuk dijual. Laku kawww.. Hasil jualan tu kami belanja 1 kelas makan bihun goreng, nasi lemak dan sebijik kek. Hebat tak hebat?! ;D

Jadi, minat tu diteruskan ke zaman sekolah menengah bila saya join kelab usahawan muda. Stress gila masa tu. Tapi bestttt! Siap Tuan Pengetua pun support kelab kitorang. Duit hasil jualan tu saya tak ingat kitorang buat apa. Rasanya belanja makan-makan jugak kot. Hurmm..

Zaman sekarang? Masih buat kecil-kecilan hangat-hangat tahi ayam, hahaha. InsyaAllah, rezeki Allah itu maha luas. Saya bagi my shuben start dulu panas enjin speed 230km/jam, dah selesa sikit nanti, saya pulak menyusul. Aminnnn.

BzRB-EYCQAEYK-P

5) Love yourself first

No boys, no cry. Fokus kat diri sendiri dulu. Betulkan diri sendiri. Sediakan diri sendiri untuk menghadapi masa depan, alam rumahtangga dan alam kerjaya itu lebih baik daripada mengharapkan orang lain untuk sediakan semua tu untuk kita.

Jangan sesekali ada ‘expectation’ dalam sesuatu hubungan. Bila kita dah set dalam kepala hotak kita yang kita nak suami kita dodoikan kita atau masakkan untuk kita atau manjakan kita hari-hari, jangan terkejut kalau semua expectation itu memakan diri. Dok hujung bucu katil nangis sebab si suami itu berbeda perangainya bila dah kahwin. The truth is “everybody will look their best during dating-zone”. TRUST ME. So, jangan expect. Just enjoy the moment. Walaupun selalu gaduh je masa awal-awal kahwin, itu perkara biasa, orang bijakpandai cakap “ADJUSTING PERIOD IS THE HARDEST” dan bila lepas setahun kau akan kenal hatibudi si dia, “Only You, Only Him, Who Know You, and You Know Him.”

Cakap pasal jodoh ni, sebenarnya jodoh itu dah tertulis oleh Allah dari Luh Mahfuz. Kita juga dah tersurat akan salah jumpa orang lain dulu sebelum kita jumpa jodoh kita. Jadi, tenang-tenang aja sayang. Fokuslah untuk perbaiki diri dan bahagiakan mak ayah adik-adik dulu serta diri sendiri sebelum berumahtangga. InsyaAllah Allah tolong permudahkan jodoh kita. #RealLifeStory

its-okay-i-love-you-quote-1

P/s: Selalu cakap dekat diri sendiri hari-hari “I Love You & I Marry You. You are the best. No one else can take that. Always be grateful with who you are”

 

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s