Throwback Raya: Nasihat untuk lelaki bergelar Suami

Assalamualaikum warahmatullah.

Wahhh dah lama tak menulis di sini sejak bulan Ramadan. Awat malaih sangat tak tau.. T_T Ok2..diharap saya masih tidak terlewat untuk mengucapkan kepada yang sudi membaca coretan saya di sini “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin” 😉

Actually, this post was intended to be posted after Raya but then I was busy with life – work and personal. So, this post stuck in the draft box for a month. What a blogger without her words for her fellow readers right? I’m so badddd.. blablablabla (referring to Amy Schumer’s sketch on “I’m so bad” as below) – totally not related to the title. 😀

Tahun ni kami beraya di Kedah. Dari Triang, Pahang ke Sungai Petani, kemudian ke Telok Sera, Bandar Baru Serdang (di Kedah) dan seterusnya ke Kampung Relau, Sungai Bakap dan penutupnya kami ke Felda Teloi Timur (area Sg.Petani)..sebelum kembali pulang ke Pahang. What a journey! Lebih kurang seminggu beraya dan kebanyakan masa dihabiskan atas jalan! ;D

Penangan travel jauh ni saya jatuh sakit, handphone rosak dan wang mengalir macam paip bocor.. ;( Bukan taknak berjimat cermat tapi sebab ada je barang-barang yang nak dibeli. Pulak tu ibubapa saya dah pencen, pendapatan cukup-cukup makan je, mestilah saya nak menyumbang sebanyak mungkin demi meringankan beban mereka. Tskkk sobss..

Ada satu cerita: Saya dan suami bergaduh sebab hal duit dan tanggungjawab masa raya haritu. Bukan sebab suami atau saya tak mampu, tapi sebab suami saya rasa tak adil dia yang kena keluar belanja untuk keluarga saya. Sedangkan adik lelaki saya tak menyumbang pun. Haihhh..susah bila tersepit di tengah-tengah ni.

Walaupun saya tahu yang suami saya betul dan bukan tanggungjawab dia pun untuk sara keluarga saya. Saya yang serba-salah sebab saya yang buat arrangement semua dan saya ingat bajet saya cukup, tapi tup-tup tak cukup. Memang salah saya, sebab tu saya malu nak mintak adik lelaki saya yang bayar.

Islamic Quotes About Life (8)

Pengajarannya:

1) Wanita yang dah berkahwin telah termaktub adalah tanggungjawab suami dan suami wajib sara makan minum pakai si isteri.

2) Si suami tidak bertanggungjawab ke atas keluarga isteri. Kecuali: kepada keluarga semua anak-anak perempuan, maka si isteri mesti bertanggungjawab ke atas ibubapa dia.

3) Anak lelaki wajib sara dan tanggung ibubapa, walaupun lepas berkahwin! Jangan lepas tangan. Kalau tak, jawablah dengan Tuhan dalam kubur nanti ;(

4) Kepada kita semua yang masih muda dan baru memulakan hidup bekeluarga, fikirlah ke hadapan, fikir jauh ke hadapan. Menyimpan, menabung dan melaburlah untuk masa depan! Penting sangat-sangat-sangat!

Sebab kita tak tahu apa akan jadi dekat kita terutama bila dah tua nanti.

Kita tak tahu samada anak-anak mampu ke tidak nak tanggung kita.

Kita tak tahu samada kesihatan dan keperluan kita nanti macam mana.

Kita tak tahu samada hutang-piutang kita masih banyak atau tidak.

Kita tak tahu anak-anak kita masih bersekolah dan perlu ditanggung atau tidak masa kita dah tua nanti..

P/s: This is a real life story. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Peringatan untuk diri sendiri dan semua juga.

 

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s