TTC: Stress

Assalamualaikum. Hi y’all!

Lately saya sangat busy, stress dan takde masa untuk diri sendiri. Bila dah banyak kerja kat ofis ditambah-tambah dengan tekanan nak mencapai KPI sebelum akhir tahun ni, rasa macam sangat-sangat-sangat stress dan tak best! Rasa nak resign sekarang jugak.Tapi kalau resign taktau nak kerja apa??? T_T

Life of an adult is not as colourful as rainbow..tskk sobsss

All I want is a life without DEBT! No worries. Work for my own. InsyaAllah.

To live a simple life – like the Japanese movie “Little Forest”. It became my fav movie now. 😉

Seperti yang korang tau, saya dan hubs tengah berusaha untuk preggy (sebab tu lah tajuk ni ada TTC – Trying to Concieve ;P). Setakat ni masih belum dikurniakan rezeki dari Allah.

Kalau korang nak tahu (ataupun mungkin korang pun dah tahu kot), stress tak bagus untuk pasangan yang TTC. Sebab: stress menghasilkan hormon-hormon yang tidak bagus dan juga aura-aura negatif. Saya pun tak tahu hormon apa, nanti saya kaji dan update k! ;P

Ditambah pula dengan keadaan saya yang mild PCOS, walaupun mild tapi tetap ada. Maksudnya hormon saya memang tengah kucar-kacir walaupun tahap stress saya tidaklah seteruk orang kerja sales atau marketing ataupun askar yang bertempur di medan perang.

Awal bulan Ogos yang lalu, period saya lambat 5 hari. Seperti biasa saya dah saspen dan berharap sangat kali ni lekatlah. Pagi hari ke 6 tu saya test dan ianya negatif. Lepas solat subuh tu saya tergerak hati nak baca Quran ayat Yasin dan berdoa setiap kali sampai ayat ‘..mubin’. Habis je 2 muka surat saya baca, lipat telekung, tup tup datang lah cecair darah kotor saya. Subhanallah..masyaAllah.. Rasa macam ajaib je kan petanda dari Allah. I am amazed and at the same time, I feel small. Saya insaf.

hardship-and-ease

P/s: Ini kifarah kepada segala dosa-dosa saya dan suami yang lepas. Jika kifarah ini dapat menghapuskan dosa-dosa kami, saya redha. Engkau hadirkanlah zuriat-zuriat kepada kami pabila tiba masanya dan tepat serta pabila kami selayaknya terhadap amanahMu. InsyaAllah.

 

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s