FAQ #WhenMalayMarriesArab: How I met him???

Assalamualaikum warahmatullah.

Hai semua!

Tajuk tak boleh blah kau. Nak havoc dan trafik sangat. Tapi havoc ke? Banyak ke trafik masuk?

*sobsss akan sis rajinkan diri mengupdate blog sekurang-kurangnya 2 post seminggu hokay? ;p

mg_7794
mandy or zurbiyan?Kriteria utama untuk bersuamikan lelaki Arab: Suka makanan Arab ;D

 

So, how I met my husband?

Rasanya ini adalah soalan paling banyak ditanya oleh semua orang. Tak kiralah perempuan atau lelaki. Tua atau muda. Semua macam nak tahu macam mana saya terjumpa (ter-hokay maknanya tak sengaja ;P) suami saya dan macam mana boleh start relationship?

Terus-terang saya memang tak mencari pun lelaki untuk dijadikan suami. Inikan pula si dia adalah warganegara asing. Memang tidaklahhh. Tak terfikir langsung dan memang tak berminat.

First time kami jumpa waktu umur saya 25 tahun. Fresh grad dan baru start my 1st job everrrr in Kuala Lumpur City Centre.

Saya jumpa suami saya, orang Arab-Yemen, masa saya tengah sibuk cari rumah sewa sorang2 dekat LRT Masjid Jamek rasanya (kalau tak silap station la, tak ingat sebab dah 5 tahun kott.haha). Tapi memang first time jumpa dekat LRT station. Dia yang tegur dulu tanya “Can I go to KLCC with this train?”. Saya pun jawablah ‘Yes’. Lepas tu dia yang start borak tanya saya nak pergi mana, buat apa semua. Dalam hati macam takut tapi sebab dekat public dan saya pun bosan tunggu tren sorang2. Maka, borak je laaa.

 

Dan kitorang pun berkawanlah selama 4 tahun mengharungi suka duka jatuh bangun sampailah kami bernikah pada bulan Mei 2015. Alhamdulillah. Kalau ku tahu kahwin itu lebih indah dan lebih tenang, dah lama sis ajak si dia kahwin. Tak payah nak bercintan cintun bagai nak rak. Buat dosa bertan-tan je kan? Haihhh..takpe.. barang yang lepas jangan dikenang.

Sebab..kalau dah jodoh, cepat atau lambat, payah atau senang, tetap akan bersama. Amin amin ya rabbal a’laminnn.

p/s: Kalau orang tanya, apa yang perlu dibawa ke gerbang perkahwinan? Saya jawab ‘patience and perserverance’ serta ilmu tentang tanggungjawab masing2 dan laluilah dengan hati dan minda yang positif demi pelayaran hidup yang bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah.

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s