TTC Journey: Apa yang saya buat? Bacaan 18 tahun ke atas sahaja!

#Amaran: Topik ini adalah untuk 18 tahun ke atas kerana mengandungi bahan bacaan orang yang dah kahwin dan ber-trying-to-conceive. Maka tak sesuai untuk mereka yang belum berkahwin dan bawah 18.

##Amaran: Tulisan kali ni agak panjang. Baca tau tapi jangan sampai muntah. ;P

Assalamualaikum warahmatullah.

Tajuk tu bukan main. Macamlah engkau dah berjaya dapat baby pun.. ;D

Nak tahu tak apa yang saya boleh simpulkan daripada kajian dan pemerhatian tentang ciri-ciri wanita yang subur dan senang dapat baby?

Siapa nak tahu sila angkat tangan macam saya! ;P

Tetiba rasa nak pi tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sekarang jugak. Ehhh filem ni filem feberet sis hokayyy..serius..;P

Ok2, berbalik kepada topik kita kali ni, APA YANG SAYA BUAT untuk dapat baby? Eh, bukan lah.. BABIES. ;D

1) Turunkan berat badan 

Sebenarnya apa yang saya boleh simpulkan daripada pemerhatian dan kajian, saya dapati yang orang kurus lebih mudah mengandung berbanding orang gemuk. Tetapi nampaknya saya silap lepas baca apa yang kawan saya tulis kat bawah ni.

ttc-advice
Beliau telah berkahwin 5 tahun sebelum dikurniakan baby. Subhanallah kuatnya semangat pasangan ni kannn..Dan betapa tingginya kuasa Allah..

Saya pula berada dalam lingkungan hampir-hampir nak ke overweight borderline! obes! Risau gila sekarang ni sebab bila pakai seluar rasa ketat dan tak best. Nangesssss T_T

Walaubagaimanapun saya tetap nak kurangkan berat badan. Nak rasa badan lebih ringan, bertenaga dan sihat. Bukannya sekarang tak sihat cuma hormon dalaman ni yang macam haywire, tak berapa nak stabil sangat. Kitaran haid saya pun agak panjang iaitu di antara 39 – 50 hari tau. Lepas tu tak tahu bila waktu subur yang sebetul-betulnya. Sedih nak nangess lagi sekali T_T

First thing first, we need a reliable almost accurate weighting machine called ‘penimbang berat badan’. Dengan ciri-ciri tambahan iaitu ‘ pengira lemak dalam badan’. Woha! Jangan tanya kat mana nak cari, klik SINI je ;D

2) Makan asid folik

Asid folik memang kena makan hari-hari. Tapi ada jugak saya culas, malas dan tak teringat nak makan. Haihhh..janganlah ikut macam saya ye.

Asid folik ni adalah salah satu komponen dalam kompleks vitamin B (B-complex). Manfaatnya adalah untuk mengelakkan kecacatan pada fetus kita serta ada yang claim boleh menguatkan rahim juga.

benefits-of-folic-acid

Korang makan folic acid brand apa? Sis beli kat farmasi je ataupun doktor bagi. Alaaa..tak kisah pun brand apa-apa pun, yang penting kena makan hari-hari kalau nak preggy! *Eh, reminder untuk diri sendiri sebenarnya. LOL.* Tapi taktau mana nak cari??? Cari di SINI je untuk Folic Acid.

Kalau nak yang ada tambahan B-Complex plus Folic Acid, korang cari je kat SINi jugak. *Hint: Online store paling awesome di Malaysia*

 3) Makan jamu yang menyuburkan rahim

Ada yang kata jamu tak bagus untuk wanita yang belum pernah bersalin sebab takut vagina ketat sangat sampai sperma tak boleh berenang. ;D *ini kelakar! tapi betul ke tidak, jangan tanya saya. hahahahah

Sebenarnya ada jenis-jenis jamu yang sesuai untuk wanita yang dah berkahwin dan belum bersalin iaitu jamu herba tanpa kandungan-kandungan yang mengetatkan vagina seperti kacip fatimah dan manjakani. Antara jamu yang saya rasa bagus dan boleh diamalkan oleh para TTC adalah Akar Herbanika dan Phtynatal dari keluaran Nona Roguy dan juga D’folia dari keluaran Sendayu Tinggi. Kedua-dua produk ni menjadi buah mulut daripada mereka yang telah berjaya preggy setelah berusaha selama TTC. Alhamdulillah.

set-bersalin-nona-roguy-akarherbanika
Ehsan daripada Google Image. Bukannya nak promosi ke apa..So kalau korang nak beli kena pandai-pandai survey harga ye sebab produk Nona Roguy agak mahal sikit tapi insyaallah bagus. Dan pastikan yang original ye!

set-bersalin-nona-roguy-phytonatal2

Maka, saya pun barulah start mencuba produk Nona Roguy tu. Tujuan utama saya adalah untuk turunkan berat badan, melawaskan perut serta menyuburkan rahim. InsyaAllah. Kita cuba je dulu.

Update terbaru: Sis dah stop makan jamu ni sebab sis dalam tempoh berjaga-jaga dengan makan ubat doktor. Tapi serius jamu NR is da BOMB! Pantang nanti sis mesti nak NR! Phytonatal ni kalau korang nak, boleh klik link ni: NR Phytonatal.

4) OPK

Apa itu OPK? Ia adalah Ovulation Predictor Kit atau alat ujian kesuburan.

Untuk saya yang ada mild Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) ni, OPK memang sangat berguna untuk tentukan waktu subur. Walaupun saya ada kalendar kesuburan tapi selepas setahun lebih mencuba dengan suami, tetapi tak kena-kena. Maka, marilah kita ber-OPK pulak ye..

Tengok je la video ni ye tapi abaikan intro promo test strip tu. Buang masa je. Eh!

Tak susah pun nak guna OPK ni. Menurut ramai orang, OPK sesuai diuji semasa petang hari (waktu pukul 6-8 malam) iaitu waktu kurang minum air untuk tahu subur ataupun tidak. Bila kita subur, akan keluarlah 2 garisan. Just like pregnancy test! Tapi pregnancy test tu kena test masa lepas bangun tidur. Just try and test sendiri k.

Kadang-kadang ada orang waktu subur dia pagi. Kadang-kadang ada orang tu waktu petang. So, kita beli banyak-banyak test strip OPK tu, dan cuba je la.. *apa punya nasihat lah kannn..hahahaha maaflah, sebab saya pun belum buat test OPK lagi. Bulan ni baru nak cuba, insyaAllah dalam hari khamis ni nak start! Fighting! ;D

Sis recommend korang beli banyak-banyak OPK dalam 10 pieces ke atas. Lagi banyak lagi bagus dan rajin-rajinlah cari masa untuk detect bila telur korang matang. Atau bila waktu subur to make love like cray crayyyy ;D *Nak cari mana? Klik SINI je la..haha

5) Make love regularly especially when #SuburTime

Who doesn’t like sex? Eh, make love tu tak semestinya sex. Kissing, hugging dan bermesra-mesraan suami isteri juga dipanggil make love tau.

Fact is woman become so sexually active when she wants to make babies. Trust me! hahaha. #OnlyForMarriedCouple tak nikah lagi, jangan pandai-pandai nak make love, get preggy and buang anak! Jangan! Berdosa! Tuhan marah okayyy!

Saya tak dapat bayangkan macam mana la seseorang perempuan yang sanggup buang bayi sendiri. Sedangkan bayi tu adalah darah daging sendiri yang dikandung dikendong selama 9 bulan 9 hari. Takkan takde langsung rasa kasih sayang kat bayi tak bersalah tu? Tak rasa ke yang bayi tu anak kau? Anak yang ramai pasangan nak tapi susah nak dapat. Memang saya tak faham dan tak boleh bayangkan betapa kejamnya kau sanggup buang dan maha kejam bila kau sanggup bunuh bayi kau!

Ok, berbalik kepada topik main waktu subur tadi. So, bila kita dah dapat waktu tepat subur dengan 2 line, maka mulakanlah aktiviti senggama dengan suami tanpa ragu-ragu. Kalau boleh, dalam minggu subur tu, mainlah selang sehari. Ewahhh. Macamlah kau pandai sangat. ;p *kita cuba je la ye..*

Tips: Perempuan ni selalu fikir banyak pastu mula lah risau dan tak tenang bagai, maka tang Miss V tu akan kering dan ‘doesn’t give pleasure during the intercourse’. So, sis recommend u’ols pakai ‘Pelincir’. Miahaha. But seriously, it works and increase pleasure for women. Klik SINI kalau malu nak pi beli kat farmasi. LOL

 6) Kurangkan dan stabilkan stress

My husband is a busy man. We never went for honeymoon for the last 1 year plus of our marriage. However, we still maintain a healthy relationship with regular sexual actvity. Gituh!*sambil dengar my fav song of the month.. by The Chainsmokers ft. Halsey “Closer”..

So, baby, pull me closer
In the back seat of your Rover
That I know you can’t afford
Bite that tattoo on your shoulder
Pull the sheets right off the corner
Of that mattress that you stole
From your roommate back in Boulder
We ain’t ever getting older (3x)

Walaubagaimanapun, kita suami isteri yang bekerjaya memang tak dapat lari daripada stress. Terutamanya bila hidup di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ni dah macam pressure cooker.

Semua orang sibuk mengejar sesuatu dalam hidup mereka.

Tapi kalau kita tak sama mengejar dan bergerak pantas, kita yang akan ketinggalan.

Maka, kita sendirilah yang dapat mengurangkan dan menstabilkan stress kita sendiri. Contohnya dengan membaca buku dan novel yang menghiburkan serta melancong ke mana-mana tempat yang indah dan tenang dengan pasangan (which I not yet have a chance..sobs). InsyaAllah..

p/s: Alaaa..kalau Allah dah tentukan rezeki ber-ANAK ber-honeymoon atas katil kat rumah pun boleh dapat babies. Siapa kata kena pergi sampai ke Paris, Milan ataupun London je?

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s