Rezeki itu rahsia Allah..

Assalamualaikum warahmatullah.

MasyaAllah dah lama saya tak menulis di sini. Sentiasa rindu nak menulis dan mencurah rasa di blog Vibrant Girl ni tapi kekangan masa dan idea, buat saya sentiasa tak sempat. Padahal hari-hari saya bekerja mengadap laptop 😀

Sekarang baru saya rasa betul-betul yang saya dah dewasa!

Mana taknya, tahun ni, bulan ni, 17 Februari 2017, maka akan genaplah usia saya 30 tahun. Woot woot I’m gonna be a 3-series gal yo! But not yet a MILF!? LOL

Anyhow, I am grateful with whatever I have. Saya ada ibu ayah yang banyak menabur budi dunia akhirat, adik-beradik yang saya sayangi dan suami tercinta serta kawan-kawan yang rapat dan kenali. Saya seorang wanita bekerjaya dengan pendapatan tetap dan baru saja dikurniakan jawatan yang mencabar (disebabkan jawatan baru ni lah saya tak sempat ber-blogging T_T.. atau sekadar alasan?! :D). Saya ada rumah tempat berlindung (walaupun masih menyewa) dan kereta sebijik (pun masih berhutang). Semua dah cukup. Alhamdulillah.Syukran ya rabb.

Adik perempuan saya pun baru saja mendirikan rumahtangga pada 5 Feb 2017. Wedding memang memenatkan dan stressful tapi best bila dapat berkumpul adik-beradik saudara-mara. Alhamdulillah. Saya sebagai kakak @ mak andam pada haritu berasa resah dan cemburu (sikit) sebab masih rasa berat nak lepaskan dia. Tapi bila tengok dia happy, kita pun jadi tenang dan happy juga. Semoga dia dikurniakan kebahagian, ketenangan dan kesenangan dunia dan akhirat bersama pasangannya. Amin. (p/s: adik saya kahwin orang Melayu. Hehe. Bajet ada orang nak tanya la tu ek.. :D)

Muslim Husband Wife Quotes Sayings

Cerita pasal diri ini yang rasa sangat bersyukur dengan apa yang ada tetapi masih terasa kosong. Yup, korang mesti dapat teka apa yang saya nak kan?

Anak.

Menjelang Mei akan datang, kami dah 2 tahun berkahwin. MasyaAllah. Rasa sekejap sangat masa berlalu. 2 tahun dah!

IMG_20150504_203504

Walaupun suami saya tak pernah mendesak atau mengutuk telur-telur saya yang selalu tak masak menjadi tu, tapi saya rasa tertekan (sikit) bila setiap kali period datang lambat dan berharap telur dan sperma itu menjadi. Bila mengharap memang rasa stress. Sekarang memang kami dua-dua laki bini tengah stress dengan kerja, sorang baru dapat projek baru dan sorang lagi tengah nak stabilkan bisnes. Tapi suami saya yang paling stress rasanya. Macam saya yang kerja pejabat ni, waktu weekends boleh relax dan cuti pun banyak tahun ni. hahaha. Stress memang mempengaruhi hormon2 diri. Tapi hidup mana boleh lari dari STRESS!?

62824517

Ya Allah, kau kurniakanlah kami rezeki yang satu ini. Aamiinn ya rabbal a’laminn.

Jadi, apa yang saya usahakan?

Saya akui memang saya tak banyak berusaha macam TTCian yang lain. Cuma apa yang saya cuba dapatkan adalah untuk manage my stress, detect ovulation dan frequently (3-4 times) playtime – you know what I mean, right? :p Dan lagi satu, saya cuba untuk kurangkan minum teh dan kopi serta amalkan pengambilan asid folik, multivitamin dan omega fish oil setiap hari. Jamu phytonatal dan phto-cleanse pulak saya ambil selang sehari. InsyaAllah.

Kalau lepas bulan 5 tak lekat, macam mana?

Saya nak kena kumpul duit dengan suami untuk rawatan kesuburan. Saya memang dah tahu ada masalah hormon PCOS. Suami je yang belum di diagnose lagi. Harapan masih nak try conceive naturally. InsyaAllah.

Korang semua, tolong doakan ye.

Love,

Mrs. Vibrant

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s