5 Tips menambat hati lelaki bernama SUAMI

Assalamualaikum warahmatullah.

Sis taknak cakap banyak pun. Bagi 5 pun dah cukup :p

Dalam tips ni, saya bukan bias dekat lelaki Arab (sebab suami saya orang Arab,oh tidakk), tetapi tips ni universal, majoriti lelaki akan tertambat hatinya kalau wanita kesayangannya aka ISTERI mengamalkan tips-tips ni. Cewah!

1. Kenyang perut, suka hati (Kena Rajin Masak!!!)

Bonus kalau pandai masak maka masakan yang korang sediakan mestilah sedap sampai menjilat jari. Tapi yang paling penting kita masak masakan yang boleh dimakan untuk si dia (mestilah! LOL), dapat nutrient daripadanya, sihat, kenyang dan senang hati. Gitteww~  Sebab majoriti lelaki suka makan! Terutamanya masakan wanita kesayangannya (i.e. ibu & isteri. Kakak? Adik? Takyah nak ngader. Fokus hokayy, fokus 😀 ). Kalau tak pandai masak macam mana?? Belajaq la sayang oiii..Masak ni senang je sebenarnya, potong2 campak2 je. Sis suka masak sebab ianya macam terapi tau, nak2 bila dah penat2 masak pastu suami makan sampai bertambah-tambah licin pinggan. Satu kepuasan tahu tak. 😀

P/s: Lelaki Arab lagi fussy bab makan atau masakan ni. Diorang memang budaya lelaki takkan ke dapur, semua mak yang buat dan layan. So, you wanna marry an Arab guy? Sharpen your cooking skill like ASAP! Seriously. 😉 Learn what he likes and don’t like. That’s it.

2. Setia 

Setia ni bagi sis adalah KOMITED dengan komitmen dan tanggungjawab masing-masing, TAK CURANG belakang pasangan (walau apa pun alasan, walau makan lunch berdua-duaan lelaki & perempuan eventho rakan sekerja, it is NO NO NOOOO).

Tetapkan tahap pergaulan bagi pasangan kita. Kalau korang rasa lelaki dan perempuan berdua makan lunch sama-sama itu okay, terpulang. Kalau korang rasa lelaki dan perempuan bergurau bertepuk tampar cubit-cubitan itu okay, terpulang. Kalau saya? Memang tidaklah! Sebab bagi saya itu melampau dan mengundang perasaan lebih daripada kawan dan saya pun mestilah menjaga pergaulan saya jugak. Ini bukan mengawal ala queen control tetapi ini adalah meletakkan batasan kebebasan dan kepercayaan. Betul tak?

3. Berfikiran positif

Saya rasa yang ni boleh faham sendiri kot? *nampak sangat malas nak menulis kan kau.EH!takkk :p

Saya bagi contoh terbaik untuk pemikiran positif dalam perhubungan:

Suami selalu balik lewat 2-3 pagi baru sampai rumah. Comot, berpeluh, berbau asap dan masakan dari restoran yang baru beliau buka kurang lebih setahun. Perniagaan restoran sangat mencabar, memenatkan dan memakan masa untuk stabil. Lagi-lagi bila dia seorang sahaja yang menguruskan semua hal ehwal restoran, nak-nak itulah sumber pendapatan beliau (full time businessman), daripada pembelian bahan mentah, cashier, melayan customer hinggalah menguruskan hal-ehwal kebajikan pekerja.

Sampai rumah pun suami dah lunyai. Penat. Takde mood. Dalam otak nak relax, tak nak fikir pape.

Isteri yang positif akan fikir “Alhamdulillah. Dah balik suami aku. Kesian dia penat. Esok je lah kita sembang pasal hal nak pasang lampu yang mati sejak sebulan lepas, belanja dapur dan duit poket kita. Malam ni biar dia rehat puas-puas tanpa pening kepala. I can manage it on my own”.

Kalau isteri yang kurang positif pula akan fikir dan bertindak “Haa..balik dah laki aku. Sehari suntuk kat restoran tak ingat pun kat aku. Siaplah kalau dia lupa apa yang aku nak dan bagitau siang tadi”

Jadi, korang rasa suami akan lebih sayang isteri yang macam mana? Suami akan lebih dengar cakap dan patuh bila diminta tolong oleh isteri yang macam mana atau yang mana? Eh, berapa banyak isteri daaa..hahahaha *just kidding

4. Hati banyak baik

Sama macam point saya tentang pemikiran positif. Hati kita sebagai perempauan ke wanita ke gegurl ke, mesti baik! Bersih daripada perkara-perkara negatif yang merosakkan hubungan. Bak kata P.Ramlee dan Sarimah dalam 3 Abdul:

Kalau sayang dan cintakan perkahwinan yang dibina, pertahankanlah. Walaupun perceraian itu halal tetapi itu adalah jalan yang terakhir dan Mufti Menk pun pernah berceramah tentang perkara ni yang berbunyi lebih kurang macam ni: Allah tak pernah suruh kita hidup terseksa melarat dalam sesuatu perhubungan. Kalau terpaksa bercerai, maka bercerailah. Tak salah pun. *Opss, sis bukan nak galakkan perceraian tetapi sis nak cakap yang cerai tu jalan terakhir. Bukan jalan mudah. Okay?

Bercakap pasal hati mesti banyak baik ni, saya nak bagi contoh macam cara kita membawa diri la.. Bila dengan keluarga si suami, kita layan mak bapak adik-beradik si dia macam adik-beradik kita. Tanpa berkira dan berbelah-bagi serta kena dengan tempatnya. Kita hormat cakap orang tua dan juga melayan budak-budak dengan lemah-lembut. Maka, hati lelaki mana tak cair?

p/s: Kalau dengan kucing pun kita sayang, kalau dengan manusia apatah lagi kan.

5. Penyenang mata dan hati si dia

Bab penyenang mata ni atau cantik adalah subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. Bagi saya, wanita atau perempuan Melayu spesifiknya adalah cantik-cantik belaka. Mata bulat, bibir mungil, kulit cantik dan lemah-lembut tatasusila. Tak perlu nak ber-plastik surgery macam orang Korea pun. Serius.

Tapi apa yang membezakan atau apa yang menonjolkan korang daripada berjuta-juta perempuan cantik yang lain?

Semestinya, dalaman kita. Dalam masa yang sama kita berusaha menjaga dan memelihara kecantikan luaran dan dalaman. Lelaki ni makhluk yang simple sebenarnya. Diorang suka tengok perempuan cantik. Dari segi senyuman, mata dan aset-aset yang lain. Jadi, untuk bini-bini di luar sana, tak salah pun kalau kita berbelanja lebih untuk menjaga dan menyerlahkan kecantikan untuk si suami kan? *sep sikit untuk skincare junkie macam sis! hahahaha

Ok..that’s it! Adios.

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s