TTC Journey, PCOS, Sperm Test dan Ego Lelaki

Assalamualaikum warahmatullah.

Isnin lepas saya jumpa Dr Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali (nama penuh kau :P), pakar O&G daripada Pantai Hospital, dia buat part-time kat Yayasan Jabal Nur di bawah Klinik Prof. Dato’ Dr. Hamid Arshat dan di situlah kami bertemu. Cewah! Sangat berpatutan cas rawatan dan konsultasi yang dikenakan (kalau compare dengan hospital swasta yang lain2). Nak2 dengan Dr.Hatta yang sangatlah gentle, friendly and passionately explained everything you need to know. I felt like “Yes, this is it. Finally I found him!muahahahaha” *Gituh! Sebab Dr. Hatta ni punya servis terbaik dan bersabar layan soalan2 kami laki bini 😀

Yeah, it is scary to look at. No matter how you look at it T_T #PCOSgirl

Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan ataupun konsultasi berkenaan Obstetrics and Gynaecology (O&G) dengan Klinik Dr. Hamid Arshat, boleh klik SINI.

Saya kan dah pernah buat vaginal scan sebelum ni dan confirm ada mild PCOS. Tapi disebabkan ketidakserasian saya dengan doktor sebelum ni, maka dengan Dr. Hatta ni saya buatlah scan lagi sekali. Malu sehh.. Walaupun dah berkahwin, dah pernah buat vaginal scan tapi malu tetap malu 😀 Taktau lah kalau beranak nanti macam mana. Mungkin masa tu dah tak fikir apa dah kan. Yang tau nak cepat lepas azab je. Eh!

Confirm saya PCOS. Mild stage.

Ovari belah kiri (kalau tak silap), ada banyak cyst besar2 sampai lebih 12.

Hormonal imbalance with irregular period. Yup, period kalau sokmo lambat 2-3 minggu, itu adalah tidak regular ya. #sisbarutahu

Apa yang doktor nasihatkan dan sis kena buat:

1) Lose weight – at least 10% from the current weight. Sebab saya dah borderline to overweight la bukan obese T_T Maka, saya sedang berusaha untuk turunkan berat dengan kurangkan makan, kurangkan manis, try to exercise dan mesti turun!

Yezzaaaa. Kena turun. Target: 58kg dalam masa 1 bulan. InshaAllah.

Doktor cakap dengan penurunan berat badan kepada BMI yang ideal akan meningkatkan peluang untuk conceive melekat dan pregnant. InshaAllah lagi sekali.

2) Jaga makan – Pasal lose weight untuk PCOS ni, saya banyak dah baca kat google. Bagi saya sendiri, memang payah ya amat nak turun. Kalau turun sekalipun, lepas tu nak naik mencanak-canak. Sedih gilerrrr.. Sebab tu bagi saya, dan saya tahu body saya macam mana, starvation mode itu mesti pada waktu malam. Serius. Saya pernah tak makan dan berlapar malam2 selama beberapa hari dan berjaya turun sekilo okayyy. Walaupun tak banyak, tapi turun. Bukan senang kott..sobsss #PCOS #thestruggleisreal

3) Metformin – makan sebelum tidur. MashaAllah best giler ubat ni. Macam serasi pulak dengan saya sebab pagi2 je akan ke tandas doing some big business. Well, you know what. LOL. Setakat ni takde bad side effect pun. Harap2 boleh membantu saya untuk kurus!

4) Clomid – dapat ubat ni jugak tapi hanya boleh start makan masa period hari ke-3. Maka, kita tunggu je laaa..

5) Make love regularly – doktor cakap “at least 3 times a week”. I’m looking at my husband and be like…

Just kidding 😀

See how I love spongebob when I used his meme 2 times here.hahaha

Apa yang kena-mengena dengan ‘Ego Lelaki’???

Korang pernah dengar Sperm Test?

Ujian kesuburan untuk orang lelaki. Untuk tahu sperma mereka sihat ke tak. Kadang2 masalah tu berpunca daripada sperma yang kurang kuantitinya, malas berenang dan juga kurang berkualiti. Rasanya kalau diberi pilihan, takde lelaki nak hadapi ujian ni. Simbol kelakian tercabar kot. Kepada lelaki2 yang pernah lalui ujian ni, saya salute korang sebab merendahkan ego demi isteri. hehehe. Untuk lelaki ego? Takpela, biar bini berusaha dulu (kalau dah tahu dan confirm bini tu ada masalah la). Lepas dah berusaha bagai, lepas tu si suami patut buat test jugak. OK?!

Updates on June 2017: Lelaki wajib buat Sperm Test. Menurut research di US, bilangan purata sperm di kalangan lelaki zaman sekarang adalah rendah berbanding 10-20 tahun yang lalu. This is a serious issues. Man’s fertility also in trouble just like us. Nauzubillah

P/s: Berjayakah saya menurunkan berat badan, fertilizing the eggs and BOOM! Preggy? Tungguuuuu *Bajet retis 😀 Korang, tolong doakan sis tau. Doa yang baik2 tau.

Love,

Mrs. Vibrant

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s