Gula dan Karbo punca PCOS!

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah dah masuk sebulan lebih lepas jumpa doktor, makan ubat Metformin dan telan 2 biji Asid Folik sebelum tidur! Yeayyy ;D *tapi sis ada jugak ter-missed sebab balik rumah penat giler dan terlupa nak berus gigi, mandi apatah lagi makan ubat. Teruk kan? T_T

Turun ke berat badan sis selama sebulan ni???

Jawapan: sekilo je. Sedih gilerrrrr

Sis tak tahan la tengok nasi. Tapi sis dah cuba kurangkan karbo dan makan 2 kali sehari. Seluar tang perut dan butt dah longar sikit tapi berat? Paling banyak pun sis turun 2 kilo. Lepas 2 -3 hari sis timbang semula dah bertambah! Ya Allah frust gila T_T

Padahal sis memang dah tak makan nasi, roti dan gula tau. Exercise je sis buat 2-3 kali sebulan. hahaha *pitam* alasannya takut lepas exercise nanti lapar balik dan makan lagi banyak. Wehhh betul hapee..

Apa side effect makan ubat Metformin???

Jawapan: So far, sis rasa ok lagi. Walaupun masa awal-awal tu sis try to exercise (konon nak cepatkan speed of losing weight :p), tapi sis tak larat sangat-sangat macam takde tenaga langsung. Metformin membuatkan gula dalam darah jadi rendah kepada mereka yang gula normal, macam sis. Alhamdulillah sekarang dah boleh exercise tapi takleh terlalu rough sangat.

Doktor cakap boleh tolong sis turun berat, tapi perkara tersebut tidaklah berlaku kepada sis sama sekali. Ubat pun dah nak habis daripada 4 papan 500mg yang doc bagi ;D

Nampaknya sis kena kerja keras lagi. NO SUGAR! NO CARBS! YOU CAN DO IT GIRL!!!!

Bad girl lah sangat. Saja sebab sis suka Lee Hyori~

Apa diet yang sis follow sekarang???

Jawapan: Diet makan sihat, NO SUGAR, like AT ALL! Even carbs pun sis kena cut sebab karbo yang kita makan akan bertukar menjadi gula. Matlamat sis adalah untuk bakar lemak.

Jadi, kalau kita dok topup gula dan karbo dalam badan, yang akan digunakan untuk jadi tenaga manakala yang berlebihan pulak akan disimpan jadi lemak! Oh tidakkkk~

Sis tak follow diet Atkins. Tapi sis nak follow diet Ketogenic.

Tengok video Dr.Berg dan fahamkan apa itu Diet Keto. Ianya lebih kurang sama dengan Diet Atkins dan diet2 yang lain iaitu Cut Carbs, No Sugar dan No hunger. Tapi sis suka diet ni sebab Dr.Berg. EH! Bukan sebab tu je tapi sebab it makes sense and less restrictions compared to Atkins. The choice is yours. Choose whichever diet that you like and follow through. Lets see if this diet works on me or not! Caiyok caiyok!!! ;D

Bagi sis, biarlah sesuatu diet tu menjadi gaya hidup berterusan dan bukan untuk sementara je.

Yes we want something that can show results as soon as possible, however, a sustainable diet is very important. What’s more important for me is I enjoying the journey and I want to continue the diet as part of my lifestyle.

Sis rasa semua orang tau yang makan dan minum gula/manis berlebihan adalah sangat bahaya untuk kesihatan! Terutamanya kepada mereka yang ada sejarah keluarga berpenyakit diabetis. Macam sis. Sebab tu sis kena PCOS bila sis menjelang umur dewasa ni. PCOS datang tanpa kita duga kalau tak jaga makan minum.

Sis tak gemuk, seriously. My weaknesses are Rice, Nescafe Tarik, Teh Tarik, Pastries and Pastas – all those happy delicious food on earth! How can I resist  those…T_T

Kepada mereka-mereka yang sama macam sis, ada PCOS, marilah kita say NO to SUGAR! SUGAR is our enemy! Kalau boleh elak, elakkan. Minum air kosong banyak-banyak tau. Okay???

p/s: Those are reminder to myself indeed.

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s