5 Tanda-tanda REAL suami curang

Assalamualaikum warahmatullah.

Tajuk tu memang mengerikan bagi para isteri. Dulu masa sis bujang, sis tak kisah sangat pun pasal my boyfriend/pakwe/marka “lantak hang la, nak curang ka, nak melangkup ka, kalau betui jadi memang hang bukan jodoh aku!” Gituh. Tup-tup sis yang curang pasang 2-3 sparepart aka bakal suami/imam/pilot. Eh! hahahaha! *Well, that was different..you need to compare apple to apple. Married and single life is totally different* ;P

Sekarang baru sis tahu langit tu tinggi sangat. Baru sis sedar yang cinta kepada suami dan rumahtangga tu bakal membuatkan kita terluka. Terluka yang sangat dalam. Nauzubillahi min zalik. Kita bukan nak mencari kesalahan atau berburuk sangka dekat suami kita tapi tanda-tanda yang sis akan bagitau ni diharap dapat buka mata para isteri yang terleka dan alpa dengan tanggungjawab hakiki kepada suami tercinta.

“Yes, we can save our marriage. Never give up girl!” Woha – Ok, ni tagline kita hari ini ya ;D Because these are all from experiences and observations of people that I trust! Enjoice!

1) Balik rumah peluk, cium dan beromantika de amor 

Ini tanda yang paling ketara untuk lelaki yang tak romantik tapi tetiba berubah sekejap malam tu. Jumpa kita macam dah lama tak bersama. Intimate gituuuu.

Tanda ni sangat ‘subtle’ atau halus bagi yang dah biasa romantik. So, maybe this sign is invalid for them. *Sorry*

Warning: jangan pulak korang pi soal-siasat si suami masa tu, tak pasal-pasal bergaduh perang dunia ke-3. Sis jugak yang disalahkan. Jangannnn..perhati je dulu. Enjoy the moment.. Sabar itu indah.

2) Tiba-tiba bawak pergi bercuti atau jalan-jalan padahal sebelum tu busy je memanjang

“Haaa..yang ni memang tak boleh blah tau!”

Korang memang akan dapati tanda ni sangat membahagiakan para isteri dan anak-anak. Tetapi fakta sebenar antara kemungkinan yang terjadi adalah:

  • Dia baru gaduh/putus/ada masalah dengan skandal dia
  • Dia baru je dating/cengkerama dengan skandal
  • Dia baru dapat bonus/duit terpijak *husnuzon* *positive thinking*

So, untuk tutup rasa bersalah dia dekat isteri dan anak-anak maka dibelanjalah mereka dengan percutian 4 hari 3 malam di hotel 5 bintang dengan full-access to all theme parks. Ataupun, dia belikan hadiah atau bunga ros merah jambu sejambak dihiasi teddy bear dan coklat herseys! 😉 *at least you got something right..and his heart is still with you..*

3) Phone yang sangat privasi

Rasanya benda ni adalah sangat biasa kot untuk pencurang. hahaha! Mana ada orang ada skandal tak letak password kat phone.

Ada yang bertindak ‘bijak’ dengan pakai nombor lain untuk contact skandal. Siap pakai dua phone hokayyy. Dan phone tu disimpan di tempat yang isteri takkan jumpa seperti di pejabat dan kereta (kalau ada kereta asing-asing la). Kalau si lelaki tu nak contact skandal mesti masa waktu bekerja/ office hour je sebab waktu tu takkan kantoi dengan bini!

senang nak cari bimbo zaman sekarang kan? *sobs*

P/s: there’s nothing we can do to prevent this from happen. Only, love, pray and sabr can show you the real him and his bad deeds. Nauzubillah.

4) Si dia suka komen pasal berat badan, perut dan body curvylicious kita padahal sebelum kahwin okay je boleh terima

Tanda ni sebenarnya adalah tanda yang boleh dikata ketara tapi tetap subtle jugak sebenarnya. *Confuse ke sis?* Korang rasa kenapa orang lelaki curang?

  • Sebab ada bimbo yang otak kosong tapi cun dan pandai bergaya kat ofis atau kenalan si suami, jadi si suami tergoda dan bimbo tu pun jenis melayan..
  • Sebab si isteri dah tak menarik dan tak jaga stamina, nak-nak hubungan atas katil. Mana taknya, isteri tu dahla kerja dan balik rumah kena layan askar-askar yang ‘attention seeker’. Mana tak lunyai si isteri tu..
  • So, kehendak batiniah katanya tak dipenuhi sampai air naik atas kepala. *Bahaya sangat dah ni. Dah tahap kena kahwin lebih satu. Tapi tak mampu. So, pasang skandal je yang mampu* *So stupid right?*
  • Isteri takde inisiatif nak jaga badan dan stamina – yang ni kes malas padahal suami dah provide everything. *yang ni, sis takyah nak komen. Memang salah korang*
  • Bimbo – definisi sis bagi perempuan yang kurang cerdik dalam menangani emosi dan kadang-kadang pemikirannya pun kureng. Tapi diorang ni spesis yang cun dan pandai bergaya sebab yang tu je yang dia fikir. *Kejam pulak rasa definisi ni. Maafkan sis kalau ada yang terasa. I’m just stating the obvious based on observation*
Tips no. 1: Puasa! Sekadar hiasan *Sumber: google image*

Tapi ada jugak lelaki yang jenis berterus-terang dengan isteri. Jadi, bila dia tegur tu sebab dia sayang. Dia nak isteri dia sentiasa menarik pada pandangan dia. Yelah, dunia sekarang banyak godaan. Perempuan sekarang nak-nak yang muda millenial ni pandai bergaya, bermekap dan konfiden gitu. Kalah sis. Eh! ;D

5) Korang dapat panggilan yang hanyir daripada skandal si bimbo tu! WOwww

Yang ni memang the epic of the epics! hahaha! Sebab memang dah trang-tang-tang suami ada skandal dengan si bimbo yang dia selalu jumpa masa office hour tu. Dan si bimbo tu pergi terjah korang untuk bagitau yang dia ada hubungan dengan your man. She wants your permission to get to know him better! Woha! *Berani kau bimbo*

Ataupun..

Si bimbo call korang bagitau yang suami korang buat hal. Dah bercinta dengan si bimbo tu setahun dua lepas tu tup-tup baru tahu yang lelaki tu dah beristeri dan beranak lima! *EPIK* Tapi sebenarnya matlamat bimbo tu adalah untuk menghuru-harakan rumahtangga korang. Because she wants him. When the tembelang dah pecah, korang bergaduh bagai nak rak dan hampir bercerai. Si iblis dan bimbo tu jugak yang untung.

Pedihnya..tuhan je yang tahu..

“So, what to do sis?”

Nasihat sis: Jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaiknya. Selagi masih bergelar isteri syurga korang bawah telapak kaki suami. Haram syurga kalau suami tak redha dengan kita. Ingat tu ye para isteri! *PENTING*

Baca artikel INI bila diuji dengan ujian ORANG KETIGA. Seriously sangat menyejukkan hati. Its all our options..its our choice on how to behave and be rationale about the test..

Doa banyak-banyak kepada Allah agar dipereratkan kembali hubungan dan semoga Allah bagi hidayah kepada suami untuk berubah. Berubah untuk fokus kepada amanah yang Allah berikan kepada dia. Kalau mampu sangat, kahwin lah lagi. Jangan seksa para wanita yang desperate lagi bimbo ni. Kesian diorang. Dan kalau korang sanggup berkongsi, teruskan perkahwinan. Tapi kalau tak redha dan asyik teraniaya, better don’t. Sometimes, being single is better… Nauzubillah.

Ikhlas/ Sincerely yours,

Mrs. V

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s