Novel Thriller paling BEST pernah baca!

 

Trust me, I’m not normal ;P

Siapa peminat genre Thriller, Misteri, Jenayah dan Penyiasatan? Angkat hidung please ;D Kita geng la kalau macam tu. Sis suka buku yang bergenre sebegini sebab cerita yang suspense, adrenaline rush, page turner with unexpected climax and ending! Whoa!

Of late ni sis obses dengan buku Japanese thriller and of course in English language, sis mana reti baca Japanese. Cakap pun yang basic je pengaruh suka tengok anime ;p *kawaiine~*

Yezzaaa T_T

So, what are those books???

Ok, sis akan senaraikan buku-buku tu mengikut tahap paling tinggi rating BEST (based on my likingness) bermula tahap kurang ke paling tinggi k? Untuk post kali ni sis akan bagi korang 5 buku je dulu. Jangan marah kalau dalam senarai tu ada 3 buku tu dari penulis yang sama. Sebab apa? Because I love his writing style!!!

Ready, get set go! 

5)SALVATION OF A SAINT by Keigo Higashino

Book - Salvation of a saint

Tahu tak korang yang ini adalah buku Keigo Higashino pertama sis baca. And I’ve fallen in love since then! Alhamdulillah masa sis beli buku tu tengah on sale. Tapi sekarang bila sis tengok balik, harga dah back to how it was supposed to (no sales anymore). But it is worth to buy and read in one go!

Kisah pasal penyiasatan kes pembunuhan seorang lelaki di mana kita dah tahu siapa pembunuh tu dari awal cerita lagi. *Isteri bunuh suami*. Kenapa? bagaimana? kita taktau motif dan cara pembunuhan tu hinggalah korang baca part akhir. That’s the twist. Kalau korang memang peminat novel thriller, korang akan rasa excited sampai sanggup tak tidur malam dan bawa buku ni ke mana-mana sebab tak sabar nak tahu penyelesaian cerita ni. Kalau rajin, just check Goodreads untuk review buku ni especially from mine.

Stail penulisan Keigo Higashino sangat simple dan boleh dijamah dan hadam dengan sekali baca. Kenapa sis cakap macam tu? Sebab sis tengah baca 2 buku thriller Japanese dan kedua-dua stail penulisan agak kompleks dan memerlukan ketelitian, kesabaran dan fokus yang lebih. Woha!

4)PECAH by Khairulnizam Bakeri

Book - Pecah

Eh..Tetiba ada buku Bahasa laa. Yup. Buku PECAH ni memang best. Sebelum ni memang sis tak minat sangat buku/novel Bahasa kecuali tulisan beberapa penulis seperti Faisal Tehrani, Abdullah Hussain dan beberapa tokoh penulisan tersohor. Buku tangkap cintan drama swasta petang TV3 atau astro, yang tu memang sis tak boleh terima untuk dibaca. Yelah, dah bukan minat. Bukan sebab tak best ke hape ke..No offense to anyone ya 😉

Sis baca buku ni tahun 2013. Jadi, jalan ceritanya agak kabur dan sis bercadang nak re-read buku ni. Memang best. Rated 4 bintang dalam Goodreads tau. Antara buku terlaris dan terbaik abad ini. Gituh!

Review sis dalam Goodreads:

Pecah sebuah cerita yang banyak bermain dengan masa kini dan masa lampau beberapa insan yang teraniaya, terluka dan balasan Tuhan kepada yang menganiaya. Walaupun cerita yang dipaparkan adalah fiksyen semata-mata tetapi saya percaya boleh terjadi kepada sesiapa. Sangat benci dengan watak Bakar yang kaki botol, kaki pukul dan kaki perempuan tapi memiliki 2 isteri yang sayangkannya. Dan kerana sikapnya yang buruk tak reti nak berubah tu, dia telah ditinggalkan anak-anaknya di Rumah Seri Memori, menghitung hari menghadapi hukuman Allah yang maha adil.

Tetapi watak utama dalam buku ini adalah Herman sebenarnya, seorang peguam yang teraniaya oleh rakan bisnes dan isteri sendiri. Herman, seorang yang bijak, mastermind kepada keseluruhan cerita tentang pembalasan dendam yang unik..dengan rompakan bank..Harap sangat ada sambungan cerita selepas ini tentang Herman, Lidya, dan 3 lagi sahabat/partner-in-crime.

Cerita ini sepatutnya diklasifikasikan kepada 18tahun ke atas kerana ada ayat-ayat yang kurang sesuai untuk dibaca mereka. Tetapi keseluruhan cerita sangat menarik, mengujakan dan berbaloi-baloi untuk dibaca. Cuma saya ni pembaca yang kurang masa terluang, patut 2 hari dah boleh habis.

 

 

Buku ni pun dah diadaptasi ke filem jugak lakonan Fizz Fairuz tapi setahu sis macam kurang mendapat sambutan. Malaysia ni tak minat genre thriller kot.. Sis tak tengok pun. Tak tahu kenapa..hurmm..satgi nak cari dan tengoklah!

3)GONE GIRL by Gillian Flynn

EDIT

Buku ni sis baca sebelum keluar movie “Gone Girl” lakonan Rasomund Pike, Ben Affleck, Emrata dan lain-lain. Sebagai seorang yang punya rasa ingin tahu yang sangat tinggi, jadi sis pun tengok movie. Cuma apa yang sis boleh cakap “Buku lagi best!”. Serius.

Ada babak-babak dan momen yang diterangkan dalam buku yang tak dapat digambarkan dalam cinematografi. Tetapi bagi yang belum baca buku, diorang akan rasa movie tu sangat best, psiko dan ending tak bleh blah. *Orang lah kata, bukan sis. Bagi sis, movie tu biasa je ;p*

 

 

 

*Spoiler Alert* – for those who not yet watch the film 😉

Lesson learnt from the video above “Don’t get MARRIED!” hahahah

IMG_20141110_154912
“Marriage is compromise and hard work, more hard work and communication and compromise and hard work. Abandon all hope, ye who enter.”

Perkahwinan memang perlukan kerja kuat, komitmen, komunikasi dan kerja kuat. Eh!

p/s: Sis lebih sebelahkan watak si isteri tu tapi takdelah sis suka dengan perangai psiko dia dan apa yang dia buat untuk kembali bersama suaminya. Idoklerrr..haha!

 

2)DEVOTION OF SUSPECT X by Keigo Higashino

Book - The devotion of Suspect X

Tadaaa..buku kedua dari Keigo Higashino. Devotion of Suspect X (DOSX) ni merupakan buku thriller terlaris, terbaik dan pemenang anugerah buku thriller di Jepun. Movie pun dah keluar dari Jepun, Korea Selatan, Hongkong (China) dan juga India (dengar cerita la.taktau dah keluar ke belum).

 

 

 

 

Dan seperti biasalah, sis baca buku ni sebelum movie tu keluar. Dan juga seperti biasa komen sis akan seperti “Baca buku lagi best!”. Nampak sangat sis suka berimaginasi.

Kisah tentang guru matematik yang lurus, awkward-socially tapi berhati mulia. Korang akan rasa betapa mulianya hati beliau di akhir cerita ni. Semua sebab cinta. Tapi bukanlah 100% sebab dia jatuh cinta, adalah penyebab yang korang kena baca sendiri untuk lebih menghayati jalan ceritanya.

Sis bergenang air mata jugaklah hampir menitis ke pipi bila baca ending. Memang layak selayaknya buku ni bestseller dan menang award.

1) JOURNEY UNDER THE MIDNIGHT SUN by Keigo Higashino

Book - JourneyIntoTheMidnightSun_firstlook_02

Buku No.1 thriller pilihan sis adalah thriller Japanese daripada Keigo Higashino“Journey under the Midnight Sun (JUTMS)”. Buku ni pun pasal penyiasatan jenayah tapi lebih kepada watak-watak si penjenayah yang kita akan simpati, empati dan faham kenapa mereka jadi sejahat setekad itu.

Tapi korang takkan faham selagi tak masuk klimaks dan penghujung. Dah memang stail penulis macam tu. Nak suruh kita berminat nak baca sampai habis.

Ceritanya agak kompleks bercampur baur dengan budaya Jepun, kesusahan  dan kelangsungan hidup watak-watak dalam buku ni. Setiap benda dan perkara yang terjadi dalam cerita ni ada sebab dan korang kena baca!Gituh!

Tahu tak apa sis tulis dalam review di Goodreads:

#JourneyUnderTheMidnightSun by #KeigoHigashino .
5 stars for the whole story & 1 star for the ending..

Nampak sangat malas nak tulis panjang ataupun sis masa tu speechless baca endingnya!Serius!

review JUTMS 2review JUTMS

Warning: Kalau sis yang berhati keras ni pun boleh menangis, kalau yang berhati tisu apatah lagi. Memang sedih cerita ni sebenarnya. Mungkin korang takleh relate dengan watak-watak tu tapi korang boleh relate dengan jalan ceritanya..

341739_original

JUTMS ni pun dah diadaptasi ke dalam bentuk dorama Jepun. Dan hanya episod 1 je yang ada subtitle english. Cumanya, bila korang tengok drama tu akan lebih faham sebab dia tunjuk awal-awal scene yang sepatutnya berada di ending. Sedih babe~

 

439762Byakuyakou

Sis memang pantang dengan BUKU, yup, PANTANG TENGOK! ;D

Big bad wolf dah lama takde kan..padahal buku-buku yang beli tahun 2015-2016 pun tak terhabis baca..ha ha ha *Gelak sebab rasa bersalah sebab tak baca..what to do..so many books, so little time..* *sigh*

Tapi kalau korang berminat nak cari dan memiliki buku-buku yang sis senaraikan tu, silalah KLIK link INI: BUKU THRILLER RECOMMENDED BY SIS 😉 😉 😉

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s