Resipi Pizza Low Carb paling sihat

20170525_215722[1]
Tadaaaaa! Inilah ropanya pizza terlazat, tersihat, low carb di donia! ;D

Walaupun ropamu tidakku kenan, tetapi rasamu sangatlah sedaaappppppp *ngeeeee masuk bakul angkat sendirik*

Serius korang tak sangka pizza ni dah la mudah tak banyak bahan dan steps. Lepas tu rasanya sedap mak mertua lalu tak perasan. Gituh! Ok, tanpa membuang masa yang selalu mencemburui kita. Korang boleh try test buat petang ni. Here we go!

PIZZA BUNGA KOBIS PEPPERONI ALA MRS.V

Bunga kobis + pisau (sekadar hiasan)

Bahan-bahan:

1) Pizza doh

Setengah biji bunga kobis (cauliflower) – disagat halus dengan cheese grater/food processor *sape taktau apa tu bunga kobis & cheese grater meh sini nak ketuk kepala ;D*

2 – 3 biji telur – depends berapa banyak bunga kobis korang ada (agak-agak k)

Parmesan cheese – grated (nak guna cheese lain pun takpe, jangan cream cheese dah la)

Rempah – garam, blackpepper, papprika (up to you)

2) Inti taburan di atas pizza doh (lets be creative gurl! 😉

Tomato puree – dalam tin tu. Guna sikit je, dalam 1 senduk je

Campuran cheese – mozarella + parmesan + cheddar – you name it. Ikut suka korang la. haha! Sis nak senang, beli pizza cheese je. 3 in 1. Yeah!

Sayuran – seperti Capsicum, cendawan butang, nenas, bawang etc. –  Hiris nipis dengan pelbagai warna hijau, merah, kuning dan rainbow. Ikut suka korang la.

Pepperoni – of course! Dah tajuk sebegitu. Kalau takde pepperoni, guna sosej ataupun ketulan isi ayam. Kalau takde semua tu, tak payah letak. Ikut suka tekak korang.

Cara-caranya:

1.Adunkan bunga kobis yang telah di’grated’ halus bersama telur-telur, cheese dan rempah.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam dulang korang. Paling best kalau ada dulang khas untuk pizza macam sis ;p

3. Leperkan adunan tadi dalam dulang, padat-padatkan.

4. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 185 – 200 degree celcius (pepandai adjust oven korang k)

5. Kemudian, dah siap pizza doh tu. Bolehlah korang hias topping dengan pelbagai hiasan indah di taman, eh! Tekak korang.

6. Mulakan dengan tomato puree – cheese – sayuran – pepperoni – cheese.

7. Bakar selama 15 – 25 minit pada suhu 180 – 200 degree celcius (depends on your oven, adjust sendiri k).

8. Siap untuk di makan. Ngap!

Trust me, sekali korang rasa memang berbaloi spend a lil bit time kat dapur. Petang ni bukak puasa sis nak buat lagi. Ketagih sudah. Tapi sekurang-kurangnya karbo kat situ dah kurang banyak dan hanya karbo daripada sayuran sahaja which is soooo damn healthier. Right?

20170525_215722[1]
Ada burn sikit tapi tetap SEDAAAPPPP 

Resipi ni sis belajar dari Dr. Eric Berg. Sis ada bercakap pasal diet yang sis follow berdasarkan nasihat beliau. Boleh klik SINI untuk baca atau tengok video Dr. Berg kat bawah. Oh, I love his wife, she’s funny while Dr. Berg is serious. So, its balance right 😉

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s