Budaya membaca rakyat Malaysia: semakin meningkat atau berkurang?

Korang suka membaca? Kalau suka, teruskan bacaan anda ye 😉

Majoriti yang selalu diperhatikan, di zaman teknologi ni adalah masing-masing suka membaca. Cuma pilihan bahan bacaan yang berkualiti tu kurang. Majoriti akan kata “Eh, aku setiap minit baca tau. Baca face-BOOK, instagram, twitter dan blog. Online reading ok what?”.

Source: Christopher Teh’s – Malaysian reading habit

Bergantung kepada individu itu sendiri juga.

Kalau hari-hari disuap dengan gosip-gosip panas meletup tentang artis-artis tanahair, adakah kualiti dari segi intelektual dan mentaliti di situ? *Jangan jadi BIMBO please* *Biar cantik tapi cerdik pemikiran. Gituh!*

Kalau hari-hari baca surat khabar untuk mendapat maklumat berkenaan hal-ehwal negara dan luar negara itu adalah bacaan dan tabiat yang bagus. Minda lebih terbuka dan peka dengan perkembangan semasa. Bila ditemuduga senang nak jawab soalan *tips temuduga PTD yang tough, saya gagal 2 kali test pertama, temuduga apatah lagi T_T* *fikir positif – bukan rezeki saya. Eh! Tercerita pasal diri sendirik pulak*

Yang ni paling latest tapi sekarang dah 2017. Adakah angka tersebut meningkat??? Pernah pergi Perpustakaan Negara (National Library)? Saya pun tak pernah selama 5-6 tahun tinggal di KL *sedihhh* One fine day, I MUST GO!

Berdasarkan statistik di atas, pada tahun 2005 (12 tahun yang lepas), orang Malaysia hanya baca 2 buah buku setahun! Adakah angka tersebut telah meningkat sekarang? Korang rasa? Saya rasa meningkat mungkin kepada 3-5 buku setahun atau lebih. *nak kena korek lagi kalau2 ada lagi kajian terbaru* *nanti saya update*

60.4% menyatakan “other interests” atau terus-terangnya adalah “Tidak Minat” dan sama sebenarnya dengan yang 13.5% – terang2 kata “No interest in reading”. Selebihnya adalah alasan cliche seperti “I takde masa lah nak baca buku. Tengok drama “Hero Seorang Cinderella” ni dah makan masa. Lepas tu nak masak, makan dan tidur lagi..”

Saya sendiri pun struggle nak habiskan baca buku. Buku dalam definasi saya adalah seperti novel (tak kisahlah genre apa yang diminati), buku fiksyen dan bukan fiksyen (contoh: Lean In by Sheryl Sandberg, 10-day MBA by Steven Silbiger dan Big Magic by Elizabeth Gilbert (yang famous dengan buku Eat, Pray, Love – pun baca tak habis2) – iaitu buku-buku motivasi, self-help & improvement, ilmiah dan sebagainya). Saya pun baca jugak buku-buku keluaran tempatan tetapi saya mementingkan kualiti berbanding nama.

Target saya untuk habiskan buku-untuk-dibaca-2017 adalah sebanyak 12 buku. Progress? Baru 2 buku!? *sedihhh* Tapi saya sekarang baca banyak buku dalam satu masa iaitu 3-4 buku fiksyen dan 2-3 buku bukan-fiksyen. Memang payah nak fokus baca sebab zaman sekarang kan zaman teknologi. Pulak tu kat rumah tu ada unlimited wifi, laptop, flat screen tv ala cinema (sendiri punya analogi) mana la kita tak terganggu fokus. Tengok wayang online lagi best kott #dailystruggle #somanybooksolittletime

Walaubagaimana sibuk dan distracted pun, seorang yang suka/cinta akan buku, beliau akan seboleh-bolehnya cari/curi masa untuk baca. Dalam LRT/komuter/MRT/bas atau semasa menunggu sesuatu/seseorang atau bawalah buku ke mana-mana korang pergi. Ada masa terluang daripada scroll FB/IG menghabiskan data, lebih baik kita baca buku.

Korang kenal siapa Malcom X? Seorang muslim bernama Muhammad, pejuang kebebasan untuk rakyat African-American (Black people). Boleh google  atau tengok movie tentang Malcolm X lakonan the very awesome Denzel Washington.

Tips #1: Bacalah buku dalam genre yang korang minat. Confirm terpikat! Macam saya, saya peminat genre thriller, mystery dan crime, jadi bila dah terjebak memang saya akan habiskan. Inshaallah.

Tips #2: Bacalah Al-Quran dengan terjemahannya sekali. Inshaallah akan terpikat. Betul. Serius. Sebab Al-Quran itu penuh cerita, pengajaran dan mukjizat bagi yang mahu berfikir.

Current reads:

1) Six Four by Hideo Yokoyama – a japanese thriller, setebal 641 muka surat dan sekarang saya masih dimukasurat 100++. Jalan cerita best tapi agak kompleks. Bestseller di Jepun dan UK!

Tentang kerja polis dan budaya kerja orang jepun di sana. Watak utama adalah Mikami, Pengarah Media Relations untuk HQ Polis di Perfecture D. Anak perempuan beliau lari dari rumah kerana masalah tekanan rakan sebaya, dia rasa diri sangat hodoh kerana genetik ayahnya. Di kala Mikami dilanda masalah personal, sebagai polis beliau juga terlibat dalam kes-kes lain terutamanya kes Six Four. Kes yang telah berlaku selama 14 tahun, kes culik – bayar tebusan – mangsa dibunuh – penculik/pembunuh masih belum ditemui. Memang tak sabar sangat nak tahu kesudahan cerita ni.

2) Out by Natsuo Kirino – sama jugak, a japanese thriller, agak tebal mukasuratnya. Bestseller di Jepun, US dan UK!

Tentang 3 wanita yang bekerja di kilang pembuatan bento. Pendapatan lumayan tetapi kerja ni perlukan tenaga dan mental yang kuat. Mana taknya, syif kerja adalah waktu tengah malam sampai subuh. Kau boleh tahan? Kalau saya rasanya sehari dah berhenti. LOL. Masing-masing ada masalah tersendiri yang memaksa mereka memilih kerja tersebut. Sehinggalah mereka terlibat dalam kes bunuh salah seorang suami dan kes ini dikaitkan dengan geng yakuza. Ok, saya pun tak habis baca. Nak sinopsis atau komen lebih, boleh google atau baca di Goodreads.

3) Who says you can’t be rich working 9 to 5 job? by Mark Chua – he’s a Malaysian! woot woot! He wrote about us, the typical office worker with enough perseverance, smart decision and goals can be rich and remain working full time. Korang mesti boleh agak macam mana kan – mestilah dengan pelaburan hartanah. Beliau juga menceritakan strategi beliau bekerja dan dapat pastikan kenaikan pangkat setiap 2 tahun. Hebat orangnya. Saya belum habis baca lagi buku beliau. Tapi memang buku ni memberi inspirasi dan nasihat yang bagus untuk kita-kita yang bekerja full-time makan gaji.

Selebihnya saya tak mampu nak senaraikan di sini. Nanti saya akan buat sekurang-kurangnya sebulan sekali review buku-buku yang saya dah baca k!

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s