FAQ bila kahwin orang asing

Salam alaik.

Ahlan ahlan wasahlan habibti. Welcome to my blog! Selamat datang!

Sebelum sis nak bercerita, korang layan dulu lawak Russell Peters pasal orang Arab. Kelakar giler. Sis tengok 10 kali pun tak jemu-jemu.

Rupanya ramai yang berminat nak kahwin dengan orang asing. Bukan makhluk asing. Tapi warganegara asing. Foreigner. Sebab apa sis cakap macam tu? Continue reading “FAQ bila kahwin orang asing”

Advertisements

Ayahku Osem: Hutang PTPTN & dilema kahwin warga asing

Bukan nak bodek ayah ke apa. Tapi nasihat dia ahad lepas semasa kami beraya di rumah makcik di Ampang buat saya terkesima. Kenapa terkesima pulak?

Sebab ayah saya sebelum ni (mungkin impression tu dah tertanam sejak zaman saya dewasa), yang ayah kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan. Selalunya ibu yang paling bijak bab ni.

Bila ayah cakap “Beli rumah cepat kak. Nak tunggu sampai bila?”.

Saya jawab “Dah try dah sebelum ni tapi loan tak lepas. Banyak komitmen. Banyak hutang la ayah”.

Ayah jawab “Guna duit KWSP akaun 2 tu bayar hutang PTPTN. Sekarang PTPTN buat promosi sampai hujung tahun ni 15% kalau akak bayar penuh”. Klik LINK ni untuk kepastian ye 😉

Saya terkesima sekejap. Tak sangka ayah tahu. Katanya baca daripada surat khabar. Hurmmm..daripada situ saya punya impression kat ayah dah berubah 180 darjah. Saya kena buat sesuatu untuk kurangkan komitmen bulanan dan beli rumah secepat mungkin.

Dilema kahwin warga asing : Si dia susah/ takkan dapat loan bank! Nak2 kalau gaji tak tetap atau dalam bank takde saving banyak *Serius*

p/s: jangan judge sesiapa terutama ibubapa, jangan jadi macam saya.