FAQ bila kahwin orang asing

Salam alaik.

Ahlan ahlan wasahlan habibti. Welcome to my blog! Selamat datang!

Sebelum sis nak bercerita, korang layan dulu lawak Russell Peters pasal orang Arab. Kelakar giler. Sis tengok 10 kali pun tak jemu-jemu.

Rupanya ramai yang berminat nak kahwin dengan orang asing. Bukan makhluk asing. Tapi warganegara asing. Foreigner. Sebab apa sis cakap macam tu?

Sebab artikel-artikel tulisan sis yang paling laris terhangat di pasaran setiap hari mesti ada orang baca pasal ni. Baca tulisan sis seperti berikut:

1) 7 perkara stereotaip tentang orang Arab yang selalu kita dengar

2) Prosedur perkahwinan dengan warga asing

3) Apabila lelaki Arab cemburu..

4) Perbezaan budaya: Melayu vs Arab – No social media for the wife

Kalau dah jodoh, tak kemana. Jodoh pun selalunya dengan orang yang kita tak sangka-sangka. Seriously. Berserah dan bergantunglah pada Allah. Hanya pada Allah. Manusia bukan Tuhan. Rezeki, jodoh dan ajal semua kerja Tuhan. He is the one and only we can trust with all our heart. MashaAllah. *Peringatan untuk diri sendiri jugak*

Ok, berbalik kepada tajuk tu. Apakah soalan-soalan yang selalu orang tanya (Frequently Asked Questions) bila tahu engkau kahwin dengan lelaki/ wanita asing? Sis sertakan juga jawapan standard sis jugak. Saja nak bagi extra. Eh!

FB COVER 18072017

Bila nak balik rumah mertua?

*Taktau la bila. Negara Yemen tengah bergolak. Tak berani nak pi sana. InshaAllah bila ada rezeki.

Pernah jumpa mertua ke?

*Tak pernah lagi. Tapi pernah cakap dalam fon. Macam ayam dengan itik bercakap sebab jurang bahasa. InshaAllah bila ada rezeki.

Kahwin keluarga mertua datang ke?

*Tak datang. Orang lelaki senang tak perlu wali ;P

Pandai masak nasik arab? (bila kahwin orang Arab ;D)

*Tahu masak tapi tak sesedap masakan suami. Nasi Zurbiyan suami memang torbaikkkkk! Sekali rasa, seperiuk korang makan! MashaAllah *Serius*

Dengan husband cakap bahasa apa?

*Campur. Mostly English, campur Bahasa. Sikit2 Arabic. 

Macam mana jumpa?

*Jumpa tepi jalan. Eh! Gurau je. Pernah kerja satu bangunan. Dah jodoh kannn..haha

Bila nak dapat anak? (Eh! Yang ni semua orang pun kena tanya soalan ni. hahaha)

*InshaAllah..

Sis memang dah selalu kena tanya soalan-soalan di atas. Siap ada standard jawapan dalam kepala hotak ni. Bukan nak bangga ke hape. Jauh sekali. Cuma nak berkongsi. Sis suka je orang bertanya. Menunjukkan mereka curious nak tahu atau ambil berat dan nak belajar budaya orang. Betul tak?

Cuma nak nasihat dekat korang yang membaca ni, janganlah tanya soalan yang korang sendiri rasa korang tak patut tanya. Sebab hati orang kita tak tahu. Nak-nak bila korang takdelah rapat sangat dengan orang yang korang tanya tu. Ada faham?

Tips: Adab untuk bertanya soalan sensitif, minta maaf seikhlasnya terlebih dahulu sebelum tanya. Okay?

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

2 thoughts on “FAQ bila kahwin orang asing”

  1. Saya suka apa yg sis katatakan kat blog sis…semuanya memang betul jodoh tu dtang dari Allah…kita hanya merancang jew….dan jagan lupa berdoa kepadanya minta jodoh yg terbaik..😊 nice info…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s