Sis review buku: Sharp Objects by Gillian Flynn

 

IMG_20170727_195641_405[1]
Inilah rupa buku tu. Best2! Sis bagi 4 bintang 😉

Siapa peminat genre thriller mesti pernah dengar nama penulis novel ni. Gillian Flynn terkenal selepas novel bertajuk ‘Gone Girl’ laris di pasaran dan diadaptasi ke filem dengan tajuk yang sama.

Tapi seperti biasa, bagi saya yang telah baca novel terlebih dahulu sebelum wayang keluar akan komen “Baca novel lagi best daripada movie!”. Serius. Well, imagination is powerful tool in life! Cayalah.

Untuk novel Sharp Objects ni saya boleh bagi 4 bintang. Sebab:

Novel ni buat saya berhenti baca, letak buku, pergi dapur basuh pinggan cuci baju sapu sampah sambil berfikir “Is this for real? Like for real? How can!!! I can’t believe it!”. Lepas tu sambung baca sampai habis.

Saya baca novel ni dalam masa 3 hari. Rekod bacaan saya yang paling pantas untuk sesuatu novel. Wohooo~

Sinopsis:

Menceritakan tentang seorang journalist bernama Camille yang terpilih untuk menulis tentang berita pembunuhan dan kehilangan kanak-kanak di kampungnya sendiri, Wind Gap, Missouri. Camille yang dah lama tak pulang ke kampung halaman dan juga dah lama tinggalkan keluarganya kerana tidak mahu mengimbau kisah lampaunya terutamanya selepas kematian adik tiri kesayangannya, Marian.

Kes kehilangan kanak-kanak akhirnya menjadi kes pembunuhan bersiri yang menggemparkan Wind Gap. Camille sendiri mempunyai masalah mental. Keluarga Camille sendiri mempunyai masalah tersendiri. Di halaman belakang novel tertulis “This family isn’t toxic. It’s nuclear”. Keluarga siapa tu? Siapa pembunuh kanak-kanak tu? Kenapa dan apa motif beliau? Kenapa dengan Camille? Apa kesudahan cerita ni???

Selebihnya korang kena bacalah sendiri. Kalau saya cerita kat sini tak best la nanti. hahaha! This book is totally recommended to read especially for thriller-genre lover! Try it and you’ll know why i said what i said 😉

Advertisements

Pengarang: Mrs Vibrant

A girl with many ambitious dreams. Married to a fun, loving and smart Arab man. TTC-ian raise your hands up! Easy-going, trustworthy and good listener I must say as what my friends describe me. Oh one more thing, also a very very attractive lady ;D For any enquiries/say hi, please contact me via my email: bookloverunited@gmail.com. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s