Being 31 younger self

17 February 1987. I was born. Now, I’m 31.

Not too young, not too old. Sedang meningkat dewasa (dan berkembang dengan bahagianya T_T) ;P

Being 31. Banyak lagi yang belum aku capai. Banyak lagi yang diinginkan tapi kurang keberanian nak melompat, mungkin kurang bakteria dalam perut ni. Eh, tengok video ni mesti korang boleh faham apa yang sis maksudkan pasal bakteria dan keberanian untuk take risks! Woha!

1)Kerjaya yang sebati dengan jiwa

https://i.pinimg.com/originals/a0/fc/67/a0fc67d7ec7a4b16c5a25e491c604fb4.jpg

Susah nak cari kerja lain sebab diri sendiri pun tak kenal dan tak tau apa yang berkenan dengan jiwa *ironik*. Kadang-kadang rasa nak jadi Pensyarah, takpun Usahawan ataupun Peladang Herba.

Tapi sampai sekarang tak berani nak melangkah. Takut. Dan belum dikurniakan rezeki dariNya. *sis banyak dosa dengan Dia kott..* T_T

Bak kata mak aku “Complacency kills bravery to explore bigger things in life”. Betul ke mak aku yang cakap tu? Lebih kurang la. Caya jangan tak caya.

Betul.. kerja sekarang bukanlah senang dan selesa sangat pun. Cuma dah biasa (familiar) dengan suasana, kawan, what to expect and the Management etc etc.. tu yang buat jadi “comfort zone”. Konklusi sis sekarang adalah: Bertahan, Bertabah & Bekerjalah dengan ikhlas selagi masih di sini.

2) Anak vs PCOS……………………………. *krik krik krik*

https://i.pinimg.com/736x/86/21/83/8621834cf1ce9929ce99e4def8bbda4e--parent-quotes-mommy-quotes.jpg

Bukan tak berusaha. Mungkin buat masa sekarang ini yang terbaik. Suami isteri dua-dua yang kesibukan saban hari, nak jumpa pun susah, nak makan sama pun jarang (kali sejuta). #sisover hahahah. Assabru minal imaan.

Aku pulak kerja yang makin hari makin bertambah-tambah stress, rasa macam kerja tu tak pernah kurang. Bila fikir positif, baguslah aku dapat banyak kerja. Banyak aku boleh belajar. Alhamdulillah.

Nanti sis nak cerita lagi pasal PCOS ye. Tungguuu.. *krik krik krik* hahahaha

3) Rumah sendiri

Tabungan masih belum mencukupi. Bukan saja untuk 10% downpayment, kena fikir lagi beberapa peratus untuk bayaran yang mungkin akan dikenakan macam Lawyer fee, stamp duty etc. Lepas tu, komitmen bulanan pun kena ambil kira, mampu ke mampus?? Belum masuk kos renovation dan furnishing etc etc. Banyakkkk sangat benda aku fikir.

https://get.whotrades.com/u3/photoC969/20326883439-0/blogpost.jpeg

Lagi aku fikir, lagi aku rasa lebih baik menyewa. Cuma persoalannya, sampai bila nak menyewa? Lainlah aku dapat skim sewa-untuk-beli (rent-to-own). Bayar bulan-bulan yang akhirnya jadi milik aku.

*Hint: Kerja aku sekarang ada la pasal skim tu, tu yang aku tahu tu. Kepada mereka yang terpilih, anda sangat bertuah.*

4) Sambung belajar

Master. Yang ni ada bersangkut-paut dengan item no.1. Kalau aku nak sambung belajar, kena lah masuk dalam bidang yang aku kerja atau untuk kerjaya masa depan. Itu pun buat aku susah nak buat keputusan.

MBA? Research? Universiti mana? Bidang apa?Macam mana nak finance study aku tu?

https://i.pinimg.com/736x/14/dd/3b/14dd3bb70a2d76292b153b48394a1ab8--school-stress-quotes-job-stress-quotes.jpg

Sebenarnya, semua tu sis boleh je jawab “Just do it!!!” 😉

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s