Book review: Origin by Dan Brown dan Bukti kewujudan Tuhan dan Hari Kiamat

I know I’m late to review this.. padahal dah dekat 3 bulan sis habis baca novel ke-5 Dan Brown ni. Well, FYI, Origin is my first Dan Brown’s novel. Sebelum ni saya hanya tengok movies je.. starting from Angels and Demons, Da Vinci Code and the latest, Inferno.

https://guysgurugrades.files.wordpress.com/2017/01/robert-langdon-series.jpg?w=799&h=382

Memang best ketiga-tiga Robert Langdon movie series tu. Sis bagi 4 bintang!

https://i2.wp.com/www.skindiscolorationsolutions.org/wp-content/uploads/2015/02/4-Stars.png

Siri Robert Langdon (RL) adalah diadaptasi daripada novel tulisan Dan Brown. Kalau ikutkan kesemua buku bersiri RL ada 7 sekarang termasuklah yang paling terbaru, Origin. Sehingga kini, 3 daripada 7 novel beliau telah diadaptasikan ke layar perak dan kemungkinan besar novel Origin pun bakal dijadikan filem *bak kata sis* hahahaha

Novel Origin ni sis pinjam daripada kawan yang sememangnya peminat tulisan beliau. Novel yang kawan sis beli tu pun adalah first edition, kulit keras (hardcover). Memang sis baca kat rumah je la, nak bawak merata-rata buat berat beg je.

https://d30a6s96kk7rhm.cloudfront.net/original/readings/978/059/307/9780593078754.jpg
Enter a caption

Origin –  3 soalan yang menyoal tentang kejadian manusia di dunia ini. Tentang teori evolusi oleh Charles Darwin dan kepercayaan agama.

Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going? ———————– Paul Gauguin

Video ni menerangkan tentang lukisan Paul Gauguin yang mengandungi 3 soalan tentang “Dari mana kita datang? Siapakah kita? Ke mana kita akan pergi/kembali?”. Lukisan Paul Gauguin ini diceritakan dalam novel Origin, di mana Professor Robert Langdon dan bakal Permaisuri Sepanyol, Ambra Vidal menemukan lukisan tersebut di dalam rumah Edmond Kirsch, IT-futurist-genius-billionaire. Tahu tak rumah Edmond kat mana? Jeng,jeng, jeng…

CASA MILA, BARCELONA, SPAIN – Muzium okay.. Edmond tinggal dalam muzium. Titik.

https://banjaluka.net/wp-content/uploads/2016/04/casa-barselona.jpg
Arkitek bangunan ni adalah Antoni Gaudi dan dibina pada tahun 1906 – 1912. Dilihamkan daripada kejadian batu-batuan dan alam semulajadi. Macam batuan tepi laut kan? To know more about Casa Mila, click HERE. Menarik kan?

Jadi apa yang saya maksudkan pasal bukti kewujudan Tuhan dan Hari Kiamat?

Kalau korang baca novel Origin ni, korang akan rasa sangat-sangat teruja nak tahu apa yang Edmond Kirch tu nak bagitahu dunia berkenaan hasil penemuan yang katanya menjawab ketiga-tiga soalan di atas tadi.

#SpoilerAlert – cuma bagi saya, beliau tidaklah menjawab soalan-soalan tu pun. Hanya gimik je lebih. Kita semua tahu setiap ciptaan manusia takkan sempurna. Nothing is perfect except God. There is no god but god. Lailahaillah.

Overall, Dan Brown is amazing! Dia pandai mengolah dan mengait setiap cerita dengan tempat-tempat dan fakta sejarah. Kali ini di Sepanyol dan bukan sahaja sejarah sahaja tetapi juga tentang fakta agama (Kristian, Yahudi dan Islam) dan teknologi saintifik seperti Artificial Intelligence dan sebagainya. Plot juga disusun cantik yang semakin korang baca, semakin nak tahu apa yang akan jadi seterusnya sampailah ke klimaks dan penutup. Yup, penutup memang tak disangka-sangka. Menjelaskan kenapa saya cakap yang setiap ciptaan manusia itu tiada yang sempurna. Lepas saya habis baca buku tu, memang saya rasa macam nak melancong ke Sepanyol dan seantero dunia. Nak belajar sejarah.

https://s3.amazonaws.com/lowres.cartoonstock.com/animals-curiosity-cat-feline-curious-search_engine-cwln5086_low.jpg
You’re so lazy, cats! hahah *talk to myself*

So, saya dah bagi hint ni. Hint lah sangat. Kalau nak tahu kenalah baca ye. Saya bukannya dapat sponsor untuk promote buku ni tapi bagi menjaga sensitiviti dan memberi sifat ingin tahu korang sentiasa ada bila/kalau korang nak baca lah. Terpulang.

Saya sememangnya berminat tentang sejarah. Bila dengar kuliyah oleh Ustaz Auni tentang sejarah Islam yang beliau kupaskan dengan mendalam, saya rasa, mashaAllah hebatnya sejarah dulu-dulu. Setiap yang terjadi ada sebab musabab dan setiap yang berlaku ada pengajaran disebaliknya. Membuatkan saya rasa nak belajar sejarah. But..do i need to go back to school? By school i mean, further study, take master in Islam History and Civilization or something? Hurmm.. Only I can answer that. haha.

p/s: Siapa Ustaz Auni tu? Apa background beliau? Kenapa hebat sangat memori beliau ni? MashaAllah. Sis nak buat satu blog postlah pasal ceramah Ustaz Auni yang paling best dan fakta menarik yang beliau kemukakan. Tungguuuu~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s