Cerita tentang diet

ASSALAMUALAIKUM. SALAM RAMADAN HABIBTI~

Bulan ni alhamdulillah bulan Ramadan. Di samping dapat kita menggandakan amalan kebaikan dan berpuasa, kita juga dapat buat detoks perut dan merehatkan sistem pencernaan. Maka diharap dapat mengurangkan berat badan. InsyaAllah. Amin. *Nota: Turun berat badan bukan matlamat utama Ramadan ya, cuma kesan sampingan saja atau omputih kata ‘side effect’*

Lagipun memang matlamat diet saya adalah untuk kurangkan berat badan. Dengan pengurangan sebanyak 5-10 kg. Target: 55kg daripada 65kg dalam masa 2 bulan. Boleh ke? *Yakin boleh! yioshhh!!! Sikit2 lama2 jadi Jennifer Lopez. Woah!*

Saya pernah cerita jugak dalam post TTC Journey: Apa yang saya buat? Bacaan 18 tahun ke atas sahaja! dan salah satu faktor kejayaan untuk hamil adalah dengan turunkan berat badan. Even doktor pun suggested me to try that. As you all know, it is soooo hard. Saya rasa metabolism saya dah memang rendah plus nafsu makan yang susah nak kawal *sedihh*

Saya dah tak follow diet Ketogenic *jengjengjeng* yang saya cerita dalam post lepas iaitu Gula dan Karbo punca PCOS! sebab saya takleh nak ikut segala rules untuk diet tu. Plus, saya dah salah faham pasal diet ni. Jadi apa yang saya buat? Continue reading “Cerita tentang diet”