Ayahku Osem: Hutang PTPTN & dilema kahwin warga asing

Bukan nak bodek ayah ke apa. Tapi nasihat dia ahad lepas semasa kami beraya di rumah makcik di Ampang buat saya terkesima. Kenapa terkesima pulak?

Sebab ayah saya sebelum ni (mungkin impression tu dah tertanam sejak zaman saya dewasa), yang ayah kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan. Selalunya ibu yang paling bijak bab ni.

Bila ayah cakap “Beli rumah cepat kak. Nak tunggu sampai bila?”.

Saya jawab “Dah try dah sebelum ni tapi loan tak lepas. Banyak komitmen. Banyak hutang la ayah”.

Ayah jawab “Guna duit KWSP akaun 2 tu bayar hutang PTPTN. Sekarang PTPTN buat promosi sampai hujung tahun ni 15% kalau akak bayar penuh”. Klik LINK ni untuk kepastian ye 😉

Saya terkesima sekejap. Tak sangka ayah tahu. Katanya baca daripada surat khabar. Hurmmm..daripada situ saya punya impression kat ayah dah berubah 180 darjah. Saya kena buat sesuatu untuk kurangkan komitmen bulanan dan beli rumah secepat mungkin.

Dilema kahwin warga asing : Si dia susah/ takkan dapat loan bank! Nak2 kalau gaji tak tetap atau dalam bank takde saving banyak *Serius*

p/s: jangan judge sesiapa terutama ibubapa, jangan jadi macam saya.

7 perkara stereotaip tentang orang Arab yang selalu kita dengar

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Kalau sebut pasal Pak Arab mesti orang-orang kita akan cakap:

1)Pak Arab ni ganas, garang dan pemarah orangnya. Ada yang bagi sebab diorang ni asalnya dari negara padang pasir, jadi darah panas.

Hulk_Roar

Continue reading “7 perkara stereotaip tentang orang Arab yang selalu kita dengar”

Prosedur perkahwinan dengan warga asing

Assalamualaikum & hi people!

Bercakap tentang pengalaman mendapatkan kelulusan untuk perkahwinan di antara gadis Malaysia dan warga asing adalah sesuatu perjalanan yang mencabar kesabaran dan kesetiaan. Serius. Dari pertengahan tahun kertas permohonan di hantar ke pejabat Kedutaan negara bakal suami untuk pengesahan bujang dan kebenaran kahwin dan yang sedihnya kelulusan tersebut hanya keluar pada bulan mac tahun berikutnya. Hal ini disebabkan oleh peperangan yang berlaku pada masa itu.

IMG_20150430_221430

Jadi, di sini saya ingin kongsikan prosedur perkahwinan di antara Pahang girl dengan Arab boy :p

Continue reading “Prosedur perkahwinan dengan warga asing”